Sunday, March 8, 2009

<<< Destinasi cinta yg ku cari...>>>


Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku.. Ya Allah..

mestica..


Thursday, March 5, 2009

<< BERSAMA MENGINGATI BULAN RABIULAWAL >>

Bismillahirrahmanirrahim..

wahai teman sehati,seiman,seperjalanan, penulis ingin mari sama2 mengingati peristiwa bulan rabiulawal..bulan kelahiran Rasullullah saw..yakni maulidur rasul..

Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.

Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.. Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

  1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.
  2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
  3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
  4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
  5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
  6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
  7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
  8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
  9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.


`Daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “ Demi Allah yang jiwa ku di tangan-Nya tidak beriman seseorang kamu sebelum aku menjadi orang yang lebih dikasihinya daripada bapanya dan anaknya.”


Orang-orang yang keras hati tidak akan mengenal kasih sayang, kurang peka perasaan, lagi tipis perikemanusiaannya. Berbeza halnya dengan orang yang dikurniakan Allah SWT dengan hati yang lembut, penuh kasih sayang lagi penuh kemurahan. Rasulullah SAW contohnya dikenali sebagai seorang yang penuh kasih sayang dan lembut hatinya. Sudahkah kita berusaha mengamal dan mencontohi sikap baginda yang sangat terpuji itu hingga cinta kita pada Rasulullah bukan sekadar cinta buta, tapi cinta yang melahirkan ketaatan pada Allah SWT dan sikap mulia dalam kehidupan kita sehari-hari? Jika direnung, tidak wajar kita mengatakan bahawa kita mencintai Rasulullah sedangkan dalam kehidupan seharian, kita sering melanggar nasihat-nasihat baginda? Kecintaan kita pada baginda selama ini cuma cinta bersahaja, bukan juga cinta biasa sebagaimana cinta kita kepada anak-anak atau manusia yang lain. Sedangkan kecintaan Rasulullah pada kita umatnya amat mendalam dan luar biasa, disebut-sebut oleh baginda hingga nafas yang terakhir!

sayangilah Rasulullah saw...

wassalam...
..salam maulidur rasul..
`d5cintailahi`



Tuesday, March 3, 2009

La Tahzan……


La Tahzan……

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu’min, diri, harta mereka
dengan memberikan syurga utk mereka… ? - Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 87

Wallahualam..

~d5cinta ilahi~

Monday, March 2, 2009

<< INGIN KELIHATAN CANTIK?? >>


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

~Penulis disini ada terdapat beberapa tips kepada kaum hawa..baca yer..

<<< MEKAP MUSLIMAH SEJATI>>>

@ Jadikanlah GHADUL BASHAR (menunduk pandangan)sebagai eye shadow anda,nescaya mata anda semakin bening dan jernih.

@ oleskan LIPSTIK KEJUJURAN pada bibir anda,pasti anda akan kelihatan lebih manis dan meletup.

@ gunakanlah PEMERAH PIPI anda dgn kosmetik yg terbuat dari rasa malu dan sopan lantaran takut kepada seksaanNYA yg teradun dari resepi al-QURAN dan as-sunnah.

@ cucilah diri dgn SABUN ISTIGHFAR bagi menanggalkan segala daki2 dosa dan noda lantas menyucikan lagi zahir dan batin anda.

@ Tutupkanlah diri anda dengan SELENDANG ISLAMI yg pasti nya akan mengelakkan kelemumur pandangan liar mata-mata yg melihat benda2 yg sepatutnya tidak diperlihatkan.

@ Hiasilah kedua tangan anda dgn GELANG TAWADHU dan jari2 anda dgn CINCIN UKHUWAH bagi menyerlahkan lahi keayuan anda.

@ Sapulah wajah anda dgn AIR WUDHU dan insyaAllah akan bercahaya di akhirat kelak..pastinya ia akan menjadi kan anda lebih ayu..

~ Nak cantik x slh,tapi biarlah ia disulami dgn nilai ketaqwaan kepada Nya..

Benarlah dunia ini hanya tempat permainan dan hiasan bagi org beriman..kaum hawa zaman ini..seakan2 memandang kecantikan luaran adalah segalanya..terkadang langsung tidak mengira yg mana hak&batil..Sedarlah bahwa dunia yg kita diami ini hanyalah seketika..fahamilah tujuan sebenar kita di sini..dan sehingga detik ini,sejauh mana kita menjadi HambaNYA.dlm erti kata sebenar??

Marilah kita bermuhasabah utk kembali kpd fitrah insani kita sebenar..

Wallahualam.

Written by,

~ D5cintailahi ~



Sunday, March 1, 2009

<<< selembar nasihat >>>


Cebisan Kalamullah :

"Sesiapa yang melakukan perbuatan-perbuatan yang baik, baik lelaki atau perempuan dalam keadaan dia beriman, nescaya KAMI beri kepadanya kehidupan yang baik (Thayyibah) dan KAMI berikan kepadanya balasan (pahala) yang lebih baik dari kebaikan yang telah mereka kerjakan." (Surah An-Nahli:97)

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." (Surah Ali 'Imran:185)

"Hai orang-orang yang beriman! berzikirlah (dgn menyebut nama) ALLAH. Zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada-NYA di waktu pagi dan petang. DIAlah yg memberi rahmat kepadamu dan malaikat-NYA (memohon ampunan untukmu), supaya DIA mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah DIA yang MAHA PENYAYANG kepada orang-orang beriman." (Surah Ahzab:41-43)

Cebisan Qaulunnabi :

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Dibentangkan amalan-amalan di hadapan ALLAH pada hari Isnin dan Khamis. Maka aku menyukai dibentang amalanku (di hadapan ALLAH) pada ketika aku berpuasa” (Riwayat Imam Tirmizi).

Menjelang perpisahannya dengan Nabi Musa A.S, Nabi Khidir A.S memberi nasihat, "Hai Musa, janganlah terlalu banyak bicara, dan jangan pergi tanpa perlu, dan jangan banyak ketawa, juga jangan mentertawakan orang yang berbuat salah, dan tangisilah dosa-dosa yang telah kamu perbuat, hai putra Ali 'Imran." (Tanbighul Ghafilin: 192-193)

Cebisan Kalam Sahabat dan Hukama' :

Sesiapa yang menyangka dia akan mencapai syurga tanpa usaha, dia hanyalah berkhayal. Dan sesiapa yang menyangka dia akan mencapai syurga dengan hasil usahanya, dia sebenarnya seorang yang tidak mengingati ALLAH. (Saidina Ali R.A)

Abu Laith berkata: Awaslah kamu dari ketawa berlebih-lebihan, kerana ketawa itu mengandungi 8 bahaya :
  1. Tercela oleh ulama dan orang yang sopan sempurna akal.
  2. Memberanikan orang bodoh kepadamu.
  3. Jika engkau bodoh nescaya bertambah kebodohanmu, dan bila engkau alim berkurang ilmumu kerana ada riwayat: 'seorang alim jika ketawa bererti telah memuntahkan ilmunya. '
  4. Melupakan dosa-dosa yang lampau.
  5. Memberanikan membuat dosa di masa depan, sebab bila ketawa terbahak-bahak membekukan hati.
  6. Melupakan mati dan akhirat.
  7. Engkau menanggung dosa orang yang ketawa kerana ketawamu.
  8. Ketawa terbahak-bahak menyebabkan banyak menangis di akhirat.

Ibnu Rajab brkata: "Orang yang menunaikan hak-hak ALLAH, nescaya ALLAH akan menjamin semua keperluannya di dunia dan akhirat.Orang yang ingin dijaga dan dilindungi oleh ALLAH dalam semua urusannya, hendaknya menunaikan kewajipannya terhadap ALLAH. Orang yang ingin terhindar dari sesuatu yang tidak disukainya, hendaknya tidak melakukan apa yang tidak ALLAH sukai.."

“Ketenangan itu milik hati orang-orang yang beriman, agar bercambah benih hikmah dalam setiap perlakuan. Orang yang banyak menderita, jiwanya akan perkasa dan apabila ditimpa kesusahan akan selalu ingat ALLAH. Bertuahlah apabila iman diuji kerana jika sabar dan tabah menghadapi pasti ada kemenangan yg menanti”

Kata Muthaqqaf : Kalau ingin mencari motivasi, cukuplah ALLAH sebagai perangsang. Jika ingin mencari teman pendamping, cukuplah Al-Quran sebagai penghibur. Andai diri perlukan peringatan, cukuplah mati sebagai amaran.