Monday, April 20, 2009


assalamualaikum..

salam mujahidah buat sahabat sehati seprjalanan di jalan NYA..

Buat diriku dan semua pejuang-pejuang Islam NURSING basik 2/2007 2nd year. yang akan menduduki Peperiksaan Osce 2 hb mei & sumatif 6 hb mei. Semoga diberi kekuatan oleh Allah. Good luck sahabat2 ku. Towards excellence Muslim nurse!

Mann jadda wajjadda..

rabbi yassir wala tu aassir.

***********


Bismillahirrahmanirrahim. Ya Allah ya Tuhan kami, engkau ampunkanlah segala dosa-dosaku, dosa kedua ibu-bapaku, keluargaku, guru-guruku serta muslimin-muslimat yang engkau rahmati sekalian.

Ya Allah, aku menadah kedua tanganku, memohon segala kekuatan dan kenikmatan dariMu ya Allah. Aku juga memohon agar dijauhkan dari segala bala dan ketakutan yang hakikatnya datang dariMu jua ya Allah.

Ya Allah, aku memohon belas ihsan dan kasih-sayangMU agar memberkatiku dan juga rakan-rakanku yang bakal menduduki pepereriksaan nanti. Kau bimbinglah kami dan berilah petunjuk kepada kami.

Ya Allah, engkau kurniakanlah ilham kepada kami untuk menjawab soalan peperiksaan ini dengan baik dan penuh kekhusyukan. Engkau permudahkanlah urusan kami ini dan berikanlah kelancaran kepada kami ya Allah. Ya Allah, engkau jauhilah kami dari lalai, ragu-ragu dan cuai semasa menjawab soalan ya Allah. Tetapkanlah hati kami dengan penuh keyakinan dan kau ganjarkanlah usaha kami dengan kejayaan yang cemerlang agar kami tidak menjadi fitnah terhadap usaha dakwah kami. Kurniakanlah kecemerlangan kepada kami agar kami dapat mengembalikan semula keagungan ketamadunan ilmu islam yang suatu masa dahulu menjadi cahaya pentunjuk dari segala kegelapan.

Ya Allah, jauhilah kami dari sebarang musibah, kecelakaan dan kesakitan yang menghalang kami dari menduduki peperiksaan ini ya Allah.

Ya Allah, sekiranya kejayaan yang kau berikan terhadap usaha kami ini, maka jauhilah sifat sombong, riak dan angkuh dari bersarang dalam hati kami. Sekiranya kami gagal, maka janganlah kau bebankan hati kami dengan bebanan yang tidak mampu kami tanggung dan suburkanlah rasa sabar di hati kami di atas bala yang menimpa.

Ya Allah, sesungguhnya jiwa dan raga kami berada di tangan mu ya Allah. Hanya engkaulah penentu kepada segala tindakan dan perbuatan kami. Oleh itu, kami serahkan diri kami kepadaMU dengan penuh rendah hati selaku hamba yang diciptakanMU.

Bantulah kami ya Allah, bantulah kami ya Allah. Kepada siapa lagi kami hendak mengadu selain dari Mu. Hanya engkau yang Maha memberi rezeki dan segala kekuasaan terletak di tanganMU.


<<>

Ameen ya Rabbal A’lamin! >>


Sunday, April 19, 2009

<<< Dirimu.... >>>


akhwat sejati bukanlah dilihat dari
sifat keramahannya dalam bergaul,,tetapi
dari sejauh mana ia bisa menjaga
kehormatan dalam bergaul..

akhwat sejati bukanlah dilihat dari
kecantikan paras wajahnya,,tetapi dari
kecantikan hati yang ada di baliknya..

akhwat sejati bukanlah dilihat dari
keberaniannya dalam berpakaian,,tetapi
dari sejauh mana ia berani
mempertahankan kehormatannya..

akhwat sejati bukanlah dilihat dari
sberapa banyak dan besarnya ujian yang
ia jalani,,tetapi dari sejuh mana ia
menghadapi ujian itu dengan penuh rasa
syukur..

akhwat sejati bukanlah dilihat dari
kekhawatirannya digoda orang
dijalan,,tetapi dari kekhawatiran
dirinya lah yang mengundang orang lain
jadi tergoda..

akhwat sejati bukanlah dilihat dari
bentuk tubuhnya yang mempersona,,tetapi
dari sejauh mana ia menutupi tubuhnya
itu..

akhwat sejati bukanla dilihat dari
seberapa indah lantunan
suaranya,,tetapi dari apa yang
dibicarakan mulutnya..

akhwat sejati bukanlah dilihat dari
kemampuannya berbahasa,,tetapi dari
bagaimana caranya ia berbicara..

akhwat sejati bukanlah dilihat dari
begitu banyaknya kebaikan yang ia
berikan,,tetapi dari keikhlasannya
memberikan kebaikan tersebut..

<<< Kasih sayang nya >>>


Berhenti!! Cuba lihat pada diri kita. Senang, mewah dan sihat. Kemudian pandanglah ke belakang. Berapa banyak pengorbanan yang telah dilakukan demi menghasilkan kita sekarang. Ibu yang menyusukan kita. Ayah yang bertungkus lumus mencari nafkah bagi menumbuhkan daging-daging kita. Di saat kita menangis di malam hari, siapakah yang bersengkang mata?? Betapa beruntungnya kita..

Cuba lihat pula di dalam jiwa kita. Ada apa?? Ada Iman bukan?? Ada Islam. Ada ketenangan dan kebahagiaan hasil daripada keduanya. Dari mana pula datangnya semua ini?? Takkan datang dengan sendirinya. Pastinya ia perlu melalui satu jalan untuk sampai kepada kita. Jalan itu ialah jalan pengorbanan. Jalan darah dan air mata.

Insan yang bernama Muhammad itulah yang telah berkorban untuk menyampaikan kemanisan iman dan islam pada kita. Dan insan itu jugalah yang sering kali air matanya mengalir mendoakan kita. “ Ya Allah, ampunkanlah ummat aku ini, sesungguhnya mereka tidak mengetahui”. Dan insan mulia itu, disaat ajal datang menjemputnya masih tidak jemu mengingati kita. “ Ummati… Ummati… Ummati…”, lalu pergilah dia meninggalkan kita..

“Ya Allah, manusia apakah ini?? Ya Allah, kenapa dia melakukan semua ini untuk aku??”

“Kerana dia sangat-sangat mencintaimu. Seluruh kehidupannya dikorbankan demi kebahagiaan dunia akhiratmu”

“Tapi aku tidak minta semua itu!!”

“Takkan semua perberian perlu kepada pemintaan. Memberi atas nama cinta merupakan suatu kerelaan”

Kalau tidak kerana pengorbannya, pasti kita hanya menangkap gelap dalam kehidupan. Kalau tidak kerana dia yang mulia, pastinya kita akan merengkok di dalam neraka buat selama-lamanya. Selama- lamanya..

Itu semua kisah cinta dia. Semuanya telah berlalu. Tanggungjawabnya telah selesai. Dia telah selamat menemui Tuhannya. Kita?? Apa pula kisah kita?? Cinta kalau dibalas cuka, itu keji namanya. Kasih andai dibalas dengan luka, jangan marah kalau dikatakan celaka. Lihat sekali lagi kepada diri kita. Tidak lukakah hati dia melihat kita sebegini rupa?? Ke mana telah kita campak pengorbanan dia?? Di dalam tong manakah telah kita buang Iman dan Islam kita?? Kita memang suka membuat air matanya mengalir..

“Aku tidak buang Iman. Aku tidak pernah campak Islam”

“Kau tipu!! Lihat saja pada perilakumu. Islam itu tempatnya bukan dimulut tapi ia seharusnya menjelma dalam kehidupanmu”

Andai benar kau mencintai dia, maka buktikanlah kecintaanmu !!



Saturday, April 18, 2009

<<< AKU, KAU TATAPI KEMBALI >>>



Waktu engkau masih kanak-kanak,
AKU laksana kawan sejatimu,
Dengan wudhu', AkU kau sentuh,
Dengan suara lirihmu, AKU kau baca,
Setelah selesai AKU kau kucupi mesra
Sekarang kau telah dewasa,
Diriku kian kau lupa,
AKU kau biarkan sendirian,
Di dalam laci, dia atas almari, AKU kau pendamkan,
Apakah AKU kau anggap
Bahan bacaan usang yang patut diabaikan
Pabila sampai waktunya
AKU kau tinggalkan?
Ingatlah..duhai temanku,
Jika AKU kau baca dan hayati selalu,
Di kuburmu nanti,
AKUlah pembela buat dirimu,
Akan kuhadir di sisimu,
Sebagai pemuda gagah nan berseri wajah,
Yang sentiasa setia melindungi dan menemanimu,
Dalam perjalanan ke alam abadi,
Dan AKUlah 'AL-QURAN' kitab sucimu,
Tatapilah aku kembali,
Bacalah aku setiap hari,
Jangan AKU kau tinggalkan lagi,
Dalam bisu dan sepi...........

Sunday, April 12, 2009

<<< cerita seorang mujahid kecil >>>


Assalamualaikum w.b.t.

Bacalah dan Hayati Setiap Baris Kata Cerita Dibawah.....

Adik bangun pagi. Adik kesat mata. Walid yang kejut adik. Adik mengantuk sangat. Adik tarik gebar semula. Tidur balik. Walid geleng kepala bila nampak adik tidur balik. Walid tepuk belakang adik suruh adik mandi. Lepas mandi adik pakai baju baru. Ummi kata hari ini Hari Raya Aidilfitri. Semua orang pakai baju baru. Tapi adik tengok ummi pakai baju buruk,walid pun pakai baju buruk. Ummi cuma senyum bila adik mengajukan soalan itu. Ummi kata cukuplah adik seorang pakai baju baru.

Walid pimpin tangan adik pergi masjid. Kami jalan kaki melalui denai-denai kecil. Sepanjang jalan adik dengar takbir raya. Allahu Akbar Allahu Akbar, La ilaha illallah huallahu akbar, Allahu Akbar wallilla hilham.. Adik khusyuk dengar. Merdu. Adik angkat tangan ke telinga,lagak seperti bilal masjid sambil menjerit takbir raya. Walid cuma ketawa kecil melihat gelagat adik. Di persimpangan jalan, kami bertemu Pak Cik Nassier jiran adik. Adik pandang walid. Walid ralit berbual dengan Pak Cik Nassier. Adik dengar walid berbual tentang syahid, Yassier Arafat dan lain-lain lagi. Nama negara adik pun walid sebut, Palestin. Tapi adik tidak faham. Adik cuma mendengar.

Adik tiba di perkarangan masjid. Masjid itu besar,tersergam indah. Masjid kebanggaan negara adik, Masjidil Aqsa.Walid pernah beritahu adik, Masjidil Aqsa kiblat pertama sebelum Kaabah di Mekah. Masjidil Aqsa juga adalah salah satu tempat suci dalam Islam. Nabi Muhammad pun mengalami peristiwa Israk dan Mikraj di masjid ini. Adik buka kasut dan masuk ke perut masjid. Adik lihat ramai orang. Semuanya duduk dalam saf. Walid tarik adik duduk di penjuru masjid, kemudian walid solat tahiyatul masjid.Adik ikut walid solat raya. Adik berdiri betul-betul dekat dengan walid. Adik pandang walid. Bila walid angkat tahbiratul ihram adik pun angkat. Mulut walid kumat kamit membaca sesuatu. Adik pun ikut sama walaupun adik tak tahu apa yang adik baca. Walid rukuk,adik rukuk. Walid sujud,adik sujud.

Adik membilang anak tangga selepas selesai solat raya dan bersalam-salaman dengan jemaah yang lain. Walid ada di belakang adik. Suasana ketika itu tenang dan damai. Adik suka ketenangan. Adik tarik nafas, hirup dalam-dalam udara pagi. Tiba-tiba ketenangan itu diragut. Adik nampak ramai orang bertempiaran lari. Adik juga nampak sekumpulan askar yang memegang senjata sedang mara menuju ke arah masjid. Adik dengar bunyi kuat. Bunyi tembakan. Walid dukung adik erat sambil melaungkan takbir Allahu Akbar. Adik takut. Adik pejam mata. Kaki walid yang kuat berlari tiba-tiba terhenti. Pautan tangan walid longgar dan akhirnya terlerai. Adik rasa seperti sekujur tubuh tumbang dan menghenyak adik. Adik pandang belakang. Mata adik terbeliak. Adik nampak tubuh walid. Kepala walid berdarah. Adik menjerit nama walid. Manik-manik jernih bergentayangan dan gugur satu persatu dari tubir kelopak mata adik. Walid pandang adik. Walid cium pipi adik. Walid suruh adik lari. Adik geleng kepala. Adik pegang tangan walid. Adik hendak duduk di sisi walid. Walid senyum pada adik. Mulut walid lemah menutur kalimah syahadah. Adik goyang tubuh walid. Walid tidak bergerak. Walid kaku. "Waliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiid!!!!!!!"

Adik kesat air mata. Adik lari kuat-kuat. Adik lari tidak kalih kiri dan kanan. Sampai di rumah, adik terus menangis. Ummi hairan tengok adik. Adik sebut nama walid berkali-kali.

Mayat walid di hantar ke rumah tidak lama selepas itu. Adik masih menangis. Adik tengok ummi cium dahi walid. Ummi peluk adik. Beberapa orang jiran cuba tenangkan ummi. Abang yang duduk di penjuru dinding juga menangis. Abang dah besar. Umur abang enam belas tahun. Abang pergi dekat walid,abang peluk dan cium walid. Selepas sembahyang adik nampak orang angkat walid keluar rumah. Abang pun ikut sama. Adik tidak ikut. Adik duduk rumah dengan ummi.Adik tanya ummi, mana perginya walid. Diam. Adik tanya lagi sambil menongkat dagu menunggu jawapan daripada mulut ummi. Ummi pandang adik, ummi kata walid pergi ke satu tempat yang sangat cantik. Walid pergi tidak akan kembali lagi. Adik cuma mengangguk.

"Adik nak ikut walid" Ummi geleng kepala dan peluk adik. Adik lap air mata di pipi ummi. Adik senyum, ummi senyum.

Petang itu ramai kawan abang datang. Abang ajak mereka ke belakang rumah. Adik berlari-lari anak ikut abang ke belakang. Abang tekun membuat sesuatu. Sesuatu yang menyerupai senapang. Adik cuma duduk diam dan tengok. Kawan-kawan abang pun khusyuk membuat kerja. Adik menguap berkali-kali. Boring duduk diam tanpa melakukan sebarang kerja. Tidak keletah adik dibuatnya. Mata adik melilau-lilau mencari barang mainan. Adik nampak benda bulat seperti bola. Adik pergi dekat cuba mencapai benda itu. Adik pegang dan belek. Sedang adik seronok bermain, abang rampas 'bola' adik. Adik masam. Adik tarik muncung empat belas. Adik marah pada abang. Abang tersenyum melihat tingkah laku adik. Dengan lembut abang mencubit pipi montel adik. Abang beritahu adik yang benda itu bom tangan bukannya bola seperti yang disangka adik. Adik diam, kemudian berlari mendapatkan ummi. Merajuk.

Adik bangun awal pagi itu. Tidak seperti hari-hari lain, walid tidak ada untuk kejut adik. Apabila teringat walid,mata adik berkaca. Adik tidak mahu menangis. Adik orang lelaki. Orang lelaki tidak boleh menanggis, orang lelaki kena kuat dan tabah. Adik nampak abang sedang bersiap-siap. Abang galas beg besar. Semua benda yang abang buat semalam abang bawa. Benda ulat seperti bola pun abang bawa. Kawan-kawan abang semuanya sedang menungu di depan rumah. Abang cium tangan ummi, minta izin untuk pergi. Ummi peluk abang,cium abang berkali-kali. Adik cuma memandang dengan mata terkebil-kebil. Adik garu kepala yang tidak gatal. Abang datang dekat adik. Abang dukung adik,usap kepala adik. "Adik jaga ummi ya" pesan abang. "Abang nak pergi mana" tanya adik seperti orang bodoh. "Abang nak pergi berjuang". Abang mengukir senyuman mengakhiri bicara.

Kelibat abang hilang ditelan kabus pagi. Hanya lambaian tangan adik mengiringi pemergian abang. Lepas abang pergi ummi cerita macam-macam perkara pada adik. Pasal Israel, pasal syurga, pasal jihad dan banyak lagi.Semuanya adik tidak faham. "Isra..Israfil." terkial-kial adik menyebut perkataan itu dalam pelat yang pekat. "Bukan Israfil. Israfilkan nama malaikat. Malaikat yang tiup sangka kala. Israel." Ummi membetulkan sebutan adik. "Is.ra.el" akhirnya adik berjaya menyebutnya juga. Ummi ketawa kecil. Adik ikut ketawa menampakkan sebaris gigi adik yang ronggak. Ummi kata Israel jahat. Israel musuh umat Islam. Israel juga musuh Allah. Israel yang mencetuskan peperangan di bumi Palestin. Israel yang bunuh walid. Adik benci Israel. Adik benci sesiapa yang menjadi musuh Allah.

Adik lari keluar rumah. Adik pergi ke jalan besar. Ramai kanak-kanak sebaya adik di situ. Mereka semua baling batu kepada sekumpulan tentera yang bersenjata di seberang jalan. Adik ingat lagi, tentera itulah yang bunuh walid. Merekalah Israel. Adik marah. Adik geram. Adik capai batu, adik baling kuat-kuat. Adik pejam mata. Terbayang di kepala adik peristiwa yang menimpa walid. Adik sertai kawan-kawan adik yang lain; membaling batu. Kadang-kadang kami lari apabila tentera itu menyerang balas. Ada juga kawan-kawan adik kena tembak. Tumbang satu persatu. Adik nampak baju mereka merah berlumuran darah. Adik lari menyorok di sebalik bangunan usang untuk menyelamatkan diri. Adik lari bersama seorang kawan adik. Namanya Jamal. Dia juga sama dengan adik. Walidnya juga pergi ke suatu tempat yang sangat cantik dan tidak akan kembali lagi. Apabila keadaan semakin reda, adik pulang ke rumah. Adik berjanji dengan Jamal untuk melontarkan batu lagi pada keesokkan harinya.

Sesampai di rumah adik berasa sangat lapar. Adik cari roti di dapur. Adik buka almari, adik cari dalam almari tapi tidak jumpa. Perut adik mula berbunyi minta diisi. Adik sudah makan roti petang tadi tapi adik masih berasa lapar lagi. Adik nampak ummi pegang roti. Itu sajalah satu-satunya roti yang tinggal di rumah kami. Ummi tidak makan apa-apa lagi sejak pagi tadi. Adik pergi dekat ummi. Ummi yang baru menyuapkan roti ke mulutnya tersentak. Ummi keluarkan semula roti dari mulutnya dan suapkan ke mulut adik. Adik kunyah dengan gelojoh. "Ummi, kenapa kita hidup susah?" adik tanya pada ummi dengan mulut dipenuhi roti. Ummi pangku adik di ribanya. Ummi mengelus lembut rambut adik. "Kita kena sabar sebab sabar itu cantik" ujar ummi perlahan. "Cantik macam syurga ker ummi?" adik tanya lagi. Ummi senyum. "Nabi Muhammad pun hidup susah juga. Baginda dilontar batu ketika menyebarkan dakwah di Taif. Malahan kaum Quraisy ramai yang ingin bunuh nabi. Nabi sabar,nabi tak cepat putus asa" sambung ummi lagi. Adik dengar dengan khusyuk. Adik nak jadi baik macam Nabi Muhammad. Nama adik pun Muhammad. Walid yang cadangkan nama itu. Walid hendak adik tabah dan cekal macam Nabi Muhammad.

Malam itu adik duduk bersila depan ummi sambil tangan memegang Al-Quran. Adik ikat serban sendiri. Adik lilit serban ikut suka hati adik. Sekejap adik lilit ke kiri, sekejap ke kanan. Kadang-kadang serban itu tutup mata adik. Adik kuak sedikit kain serban ke atas ketika hendak membaca Al-Quran. "Bismillahirrahmanirrahim.." Adik baca Al-Quran dengan bersungguh-sungguh. Adik baca kitab Allah itu dengan tekun. Ummi duduk depan adik sambil memerhati bacaan adik. Adik hendak jadi macam abang. Umur enam tahun sudah khatam Al-Quran. Adik baru umur tiga tahun. Adik kena baca Quran dengan rajin kalau hendak khatam Al-Quran cepat macam abang. Adik ingat pesanan ummi. Ummi kata Al-Quranlah satu-satunya harta yang paling berharga. Adik ingin baca Al-Quran hari-hari. Adik tidak mahu ponteng baca Al-Quran. Bacaan adik terhenti apabila pintu diketuk dan nama ummi dilaung-laungkan dari luar. "Syukur ya Huda, anakmu Yassin mati syahid" muncul Mak Cik Fatima di depan rumah. "Anakmu,anakmu adalah salah seorang pengebom berani mati ya Huda. Tindakannya menyebabkan tujuh orang askar Israel laknatullah terbunuh. Yassin dan tiga orang lagi pejuang Hizbullah mati syahid. Semoga syurga menanti mereka kelak" terang Mak Cik Fatima panjang lebar.

Saturday, April 11, 2009

<< mulianya seorang isteri & ibu >>


wanita itu mulia di sisi ALLAH..

Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isterimereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhiratkelak. Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka…..

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan… sebagai pengeluar manusia.Tiap-tiap bulan diberi cuti bergaji penuh… 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang… sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak melahirkan anak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki.Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki), lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi...


<< community site >>

lawatan rumah warga emas taiping
pelatih jururawat & keluarga adek afiqah
ADEK AFIQAH -comey n cergas..

Assalamualaikum..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

ini adalah kajian kes kami beberapa minggu lalu..

Bagi mereka yang sempurna, menghulurkan bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik merupakan yang dituntut baik dari segi sosial mahupun agama.Jika tidak memberi sumbangan kewangan, cukuplah sekadar menunjukkan keprihatinan bagi menceriakan golongan orang kurang upaya (OKU). Cara itu boleh membuatkan mereka berasa diri dihargai. Berbekalkan keprihatinan, jururawat pelatih tahun 2 semester 2 kolej kejururawatan ipoh mengadakan lawatan rumah kanak2 cacat -down syndrome..

Program seperti ini dapat mendedahkan pelatih mengenai dunia sebenar kejururawatan yang tidak boleh didapati dalam pembelajaran teori.kami juga boleh mendapat gambaran sebenar mengenai pengurusan pesakit OKU yang sedikit sebanyak memberi mereka pendedahan yang sewajarnya.

selain itu, kami juga mengadakan lawatan ke rumah warga emas di taiping..di sini, kami lihat kebanyakan kes warga emas yang ditinggalkan di sini adalah berpunca generasi muda semakin kurang dan pengabaian tanggungjawab dan penghormatan ke atas org tua mereka.

ketauilah sahabat2 ku ...

Sebagaimana yang diketahui, kedudukan ibu begitu tinggi nilai serta martabatnya pada pandangan Allah. Sepertimana kalam Allah yang terpateri di dalam Al-Qur’an yang berbunyi :

“Dan TuhanMu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.”(surah al-Isra’ : ayat 23).

hargailah mereka selagi mereka masih di sisi kita..(^_^)

Wassalam..



Friday, April 10, 2009

<<< D Hari Lahirku..>>>

~Jadilah mawar yang indah harum mewangi tetapi berduri kerana
cantik didalam dan diluar dan tidak mudah disentuh.~

bismillahirrahmanirrahim..
alhamdullilah..1 April,genaplah sudah diriku mencecah 21..alhamdullilah..kerana Allah memanjangkan usiaku pada hari ini..untuk terus menjalani ibadah kepada NYA.. Moga DiriMU sentisa menetapkan iman ini terus ke dalam hati ini..Moga diriku dalam petunjukMU ya Allah..

secebis bingkisan yg dicoretkan tika dalam kelapangan.. :)

Di hari lahirku…
Keinsafan menjalari jiwaku
Tafakur diri pada yang satu
Makin bertambah usiaku
Adakah seiring dengan tingkat imanku
Rasa malu menerpa di kalbu
terlalu berharga kurniaaanMu padaku

Namun…
Terlalu sukar kuungkapkan kesyukuran padaMu
Walau kusedari
Kekerdilan diri ini
Hanya hamba yang menghuni bumi
Dengan belas ihsan ilahi

Di hari lahirku…
Kukenangi jasamu ibu
Melahirkan jua mendewasakanku
Dengan kasih sayangmu ibu
Mampukah aku
Membalas jasamu itu

Di harilahirku…
Kukenali erti sebuah persahabatan
Kuhargai hati seorang teman
Setinggi penghargan aku ungkapkan
Untukmu yang sering berlegar diingatan
Ukhuwwah ini akan terus segar diingatan
Selagi nyawa di kandung badan

~moga ukhuwah kita bersemi ke akhirnya kerana NYA..~