Saturday, September 26, 2009

<< Dalam persinggahan...>>


Ada seorang lelaki tua bertemu anak kecil ketika menyusuri sungai. Anak kecil itu sedang berwudhuk sambil menangis. Ketika ditanya, “Nak, mengapa engkau menangis?” Budak itu menjawab, “Wahai datuk, ketika aku membaca Al-Quran aku temukan firman Allah ‘Wahai orang-orang beriman, jaglah diri kamu dan ahli keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya dari manusia dan batu..’ (At-tahrim:6) Timbullah ketakutanku apabila dilemparkan ke dalam api neraka.”

Lelaki tua itu berkata, “Wahai anakku, janganlah engkau takut, engkau tidak akan dicampakkan ke dalam neraka, sebab engkau belum baligh. Engkau belum layak untuk di masukkan ke dalam neraka.” Anak kecil itu menjawab, “Engkaukan orang yang berakal, apakah engkau tidak tahu apabila seseorang hendak menyalakan api, ia akan memasukkan kayu bakar yang kecil dulu baru kemudian kayu bakar yang lebih besar..”

Mendengar kata-kata budak itu, menangislah lelaki tua tadi sambil berkata, “Sesungguhnya anak kecil ini lebih ingat kampung akhirat daripada diriku. Dunia telah jauh menyeretku.”
(Al Buka Al Mabrur)

ingin ku berkongsi rasa…

DUNIA TELAH JAUH MENGHERETKU…..

terasa bergetar hatiku saat membacanya..terasa seolah aku adalah salah seorang darinya.Kita selalu alpa dan kadang-kadang mmg begitu jauh dari kampung akhirat yg abadi.
“tapi aku kan manusia..biasalah jika terlupa..”
namun…sampai bila?sampai bila kita harus memberi alasan pada diri kita.YA,mmg kita tak akan sempurna..namun kita ada kudrat..masih diberikan waktu dan kesempatan untuk berusaha untuk menyelamatkan diri dari dunia…sebelum masa kita sampai kepenhujungnya..

ingatlah….manusia akhir zaman akan dijangkiti satu penyakit,iaitu penyakit wahan ‘ORANG YG MENCINTAI DUNIA DAN TAKUT PADA KEMATIAN…jgn sampai kita di diagnosis mengidapi penyakit yg bisa membuatkan kita kerugian di akhirat sana.MAKA,apa yg harus kita lakukan…?
kita tidak boleh mencintai dunia,jadi adakah perlu untuk membenci dunia.Tetapi,tanpa dunia bagaimana aku hendak mengejar akhirat.Dunia diperlukan untuk kita beramal.MAKa perlukah kita mengseimbangkan dunia dan akhirat..?TiDAK,akhirat adalah abadi..dan dunia adalah sementara.Mana mungkin boleh di setarafkan.
mari kita fikir sejenak

Kita tak boleh mencintai dunia..maka KITA PERLU MEMBENCI DUNIA.Membenci dunia bukan bermaksud kita meletakan dunia jauh-jauh dr hidup kita,namun kita meletakan dunia jauh-jauh dr HATI kita, namun sebagai seorang islam kita harus menguasai dunia.oleh itu,kita perlu mengejar dunia untuk diletakan di gemgaman tangan KITA.mungkin kedengaran agak tidak logik,mana boleh menguasai sesuatu jika kita menbencinya?
……?…?….?

Seperti bermain bola..kita kejar bola bersungguh,dan saat kita mendapatnya,kita perlu menendangnya untuk menjaringkan gol,tanpa mata jaringan kita tak mungkin menang.Begitulah dunia..kita KEJAR dan kita TENDANG,supaya mendapat mata untuk ke akhirat.Kita kejar bukan kerana kita cinta tp kerana misi kita untuk menjadi juara di akhirat.

letakkanlah dunia di tangan bukan di HATIMU!

wallahualam..

Saturday, September 19, 2009

<< salam lebaran..>>


bismillahirrahmanirrahim..

salam kemaafan salam lebaran..buat semua yg mengenali diri ini..
maaf dimintA atas kesibukan dlm mengejar cita2...alhamdullilah dpt juga diri ini berehat bersama keluarga yg tercinta di hari kemenangan org islam setelah sebulan berpuasa..alhamdullilah..
penantian ramadhan setelah sebulan berakhir.dengan penggantian syawal..moga2 amalan yg dilakukan kita bersama diredhai NYA..
akhri sekali, salam aidil fitri buat keluargaku, sahabat2 yg disayangi ,teman2 sehaluan seperjuangan dan setiap org islam...

wassalam.^_^

Friday, September 4, 2009

<< Mental Disorders ??? >>



Bismillahirrahmanirrahim...

Hospital bahagia ulu kinta? Mungkin kedengarannya, anda dapat mengagak gambaran hospital tue yer..^_^ semester nie kami di tempatkan praktikal di sana. 2 minggu posting ke sana. Hospital ni yg nama dahulu dikenali hospital tanjung rambutan tapi atas dasar stigma,jadi ditukarkan kepada hospital bahagia ulu kinta. Pertama kali tiba ke sana, kami agak kaget sedikit kerana keluasan hospital nie agak besar serta paling terapeutik..yela untuk perawatan pemulihan penyakit mental nie, memerlukan persekitaran yg terapeutik ,bebas dari kebisingan dan terdapat dusun buah-buahan dan pokok2 yg indah sekali..

Kami di tempatkan wad kemasukan perempuan, wad prediscaj serta wad gerontology. Apa yg dapat saya lihat disini melalui sejarah kemasukan pesakit.kami diberi peluang berbual dengan pesakit untuk bertanya sendiri tentang sejarahnya. Kebiasaanya penyakit mental ini berkait dengan gangguan perasaan,pemikiran,stress keterlaluan,anxiety disorders,schizophrenia, bipolar mood disorders,dan banyak lagi.

Apabila dipikir2 kan, mengapa semua ini berlaku dalam masyarakat kita? Khususnya org Islam..masyarakat yang kurang pegangan agama, tidak mendekati tuhan dan perlu kembali kepada Ad-deen. Puncanya ialah penyakit rohani.Jadi,apakah penyakit rohani ? melihat dari kata2 Imam Ghazali dalam kitab Ihyaa' 'Ulumiddin ada menerangkan, bahawa roh itu ada dua makna. Pertama berupa jenis yang halus dan bersumber dari rongga hati jasmani dengan perantaraan otot-otot dan urat yang bermacam-macam tersebar ke seluruh bahagian-bahagian badan. Kedua, ianya berupa sifat halus pada manusia yang dapat mengetahui sesuatu dan dapat menangkap segala pengertian. Banyak pengertian yang dikemukakan mengenai jiwa namun begitu belum ada yang dianggap memuaskan.

Mari kita menyingkap serba sedikit gejala penyakit rohani dalam ayat al-quran antaranya,,
Orang yang sihat rohaninya mudah menangkap kebenaran, hatinya selalu dipancari (nur) kebenaran. Adapun orang yang sakit rohaninya terlihat adanya kebodohan, kelemahan dalam berfikir sehingga susah menerima kebenaran. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Ertinya : ‘Tidakkah mereka mahu berjalan di muka bumi, supaya ada bagi mereka hati yang mereka boleh mengerti dengannya, atau telinga yang boleh mendengar dengannya. Sesungguhnya bukan penglihatan yang buta tetapi hati mereka yang ada di dalam dada itulah yang buta’.

(Q.S. Al-Haj, ayat 46)

Orang yang sihat rohaninya, terdapat ketenangan pada air mukanya. Sebaliknya orang yang mengalami gangguan penyakit rohani, terdampar pula melalui sikapnya yang diliputi kegelisahan dan keluh kesah. Kegelisahan dan keluh kesah itulah yang merupakan pencerminan daripada ketidak stabilan mental.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

‘Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat gelisah. Apabila bahaya mendatangani dia keluh kesah. Dan apabila mendapat kebaikan amatlah kedekutnya. Kecuali orang yang mengerjakan sembahyang. Yakni mereka yang tetap dalam sembahyangnya’.

(Al-Maarij, ayat 19-23)

Salah satu daripada tanda ketenangan jiwa ialah kecenderungan mencari dan menerima kebenaran dan menolak kebatilan. Fikirannya tenang dan sentiasa mempertimbangkan sesuatu itu dengan baik. Sebaliknya orang yang liar terhadap kebenaran dan tidak senang mendengarkan mutiara-mutiara hikmah dapat dipandang sebagai orang yang terkena penyakit rohani.

Allah s.w.t. berfirman yang ertinya:

‘Apakah di dalam hati mereka ada penyakit, atau mereka ragu ataupun mereka khuatir kalau-kalau Allah dan RasulNya menganiaya mereka. Tidak! Bahkan mereka itulah orang yang zalim.

(Q.S. An-Nur, ayat 50)

Salah satu daripada tanda penyakit rohani ialah prasangka-prasangka yang buruk, antara lain anggapan yang bukan-bukan terhadap Allah dan RasulNya. Firman Allah yang bermaksud:

‘Dan ingatlah ketika orang munafik dan orang yang dihatinya ada penyakit berkata: ‘Allah dan RasulNya tidak menjanjikan kepada kita melainkan tipuan.’

(Al-Ahzab, ayat 12)

Jika orang yang sihat rohaninya selalu rindukan ketenangan, kedamaian dan ketenteraman, sebaliknya orang yang berpenyakit rohani kadangkala suka menghasut dan menimbulkan pergaduhan dan keributan. Sebab itulah sikap suka menghasut dan menimbulkan kegemparan di dalam masyarakat dapat dipandang sebagai penyakit rohani. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

‘Sesungguhnya kalau orang munafik dan mereka yang dihatinya ada penyakit dan penggempar-penggempar (penghasut-penghasut) di Madinah tidak menghentikan (kegiatannya) sudah tentu kami akan perintahkan engkau menyerang mereka, kemudian mereka tiada dapat tinggal berjiran dengan engkau kecuali sementara waktu saja.’

(Q.S. Al-Ahzab, ayat 60)

mari kita sama2 muhasabah diri ini supaya menjaga nikmat kesihatan samada sihat fizikal dan mental yg diberikanNya kepada kita. Tidak kurang ramai juga yang terlibat dalam penyalahgunaan nikmat kesihatan. Nikmat sihat dikira salah guna jika di kala sihat manusia lupa beribadat. Dia leka dengan perkara lain yang menjauhkan dirinya daripada Allah sebaliknya apabila dia sakit atau ditarik nikmat sihat daripadanya barulah dia teringat hendak memperbanyakkan ibadahnya.
Sesungguhnya kesihatan adalah nikmat Allah yang paling berharga. Gunakanlah ia sebaik mungkin untuk mendekatkan diri pada Allah. Penyalahgunaan nikmat sihat di sisi Allah adalah sesuatu yang dilarang di dalam Islam..

Waallahualam.

Tuesday, September 1, 2009

<< kembara Ramadhan >>












Maahad Darul Anuar pulau melaka pengasasnya oleh Tok guru Nik Aziz.

Masjid besar pulau melaka

Bismillahirrahmanirrahim..

Mungkin agak tidak terlewat untuk saya mengucapkan selamat menyambut kedatangan ramadhan al Mubarak.. Moga bulan ini memberi peluang pada kita mempertingkatkan segala amalan yg mendekatkan diri kita pada NYA... cinta yg teragung dlm hati kita..

Apa sebenarnya hakikat berpuasa itu? Berpuasa bukan sahaja menahan diri dari makan dan minum malah secara khususnya menahan diri dari penglihatan,pendengaran, perkataan serta perbuatan yg mendekatkan dgn dosa..adakah kita sebenarnya mencapai hakikat berpuasa itu?mari sama2 kita Nilai dan semak diri kita..

Baru-baru nie, kembara ramadhan bersama keluarga tersayang ke Kelantan.. saya rasa amat bertuah kerana berpeluang melihat ulamak yg saya amat kagumi. Dia seorang insan iaitu Tok guru nik Aziz. Kami berpeluang melihat nya di depan mata walaupun dari jauh.Mungkin ini pertama kali saya berjumpa dgn beliau di depan mata.. perjalanan kami ke sana walaupun bulan puasa tapi kami menganggap ia adalah tarbiyyah dan alhamdullilah kerana dapat menghadapinya kesulitan itu...berjam2 di dalam kereta untuk ke pulau Melaka.tapi ini tidak mematahkan semangat kami untuk ke sana..alhamdullilah sampai sana.selesai solat asar berjemaah yg diimamkan oleh tok guru. Sedikit kekesalan kerana tidak dapat berjemaah bersama beliau kerana kami terlewat sedikit.. tapi kami gembira kerana destinasi yg dicari telah ditemui..^_^


Selamat berpuasa dan sambutlah Ramadan dengan membuka lembaran baru yang bersih. Bertekadlah kita mengisi waktu-waktu Ramadan dengan ketaatan..

Sambut lah Ramadan dengan tekad meninggalkan dosa dan kebiasaan buruk. Bertaubatlah secara benar dari segala dosa dan kesalahan. Ramadan adalah bulan taubat. "Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung." [Q.S. An-Nur (24): 31]

Wassalam.