Sunday, May 31, 2009

<< nurses day 2009 >>

logo KKM ~ kami sedia membantu~


bismillahirrahmanirrahim..

` 12hb Mei` bermulalah sambutan hari penghormatan buat jururawat semua seluruh negara, sambutan yang disempenakan dengan tarikh kelahiran tokoh dan pengasas kejururawatan moden, Florence Nightingale. itu history kejururawatan.

tapi..perlu di ingat juga..bkn gelaran` jururawat` sahaja perlu di sambut tetapi pengorbanan seorang ibu itu saya rasa ibarat seorang jururawat kpd kita, bagaimana kasihnya merawat, membelai dan menjaga kita sewaktu kecil.. sekarang kita harus menggantikan peranan itu kepada mereka..`ibu dan ayah`..

Beralih cerita saya pasal sambutan jururawat ni, Saban hari walaupun kualiti jururawat sering diperkata oleh masyarakat tentang sikap dan kerenah dalam menghadapi pesakit,namun kerjaya ini tetap menjadi pilihan kepada mereka2 yang tertekan dan tiada pilihan dalam arah tuju kehidupan bekerja. Mungkin kerana kurangnya minat dan sikap dikalangan kita yang gemar tangkap muat untuk mendapatkan pekerjaan ini lah yang melahirkan jururawat2 yg sibuk diperkata masyarakat.

Justeru,pada sambutan hari ini,marilah sama2 kita kembali membetulkan niat kita agar berpandu dan berarah kepada keikhlasan dalam pekerjaan semata-mata sebagai seorang HAMBA kepada Nya yang memberi tugas untuk kita penuhi kepada manusia sejagat. Penulis terutamanya berdoa agar hati penulis sendiri akan terus dijaga olehNYA supaya sedar dengan status diri sebagai HAMBA kepada Nya dan akan memberikan khidmat seikhlas2 yang ada untuk memenuhi amanat yang telah di berikanNYa..

Sama2lah kita bermuhasabah dan menilai kembali nilai diri kita sebagai seorang yang bergelar jururawat,semoga segala usaha kerja yang kita lakukan akan dikira sebagai ibadah dan merapat diri kita kepadaNYA. Ameen ya Rabbul alameen.

Wassalam.