Friday, June 26, 2009

<<.. si Dia.. >>


Tuhan
terasa lembutnya belai sayangMu
bersama kurnia sekalung hidayah
tapi, adakalanya terasa membahang kemurkaanMu
seiring patahnya sayap mujahadahku

Tuhan
langkahku bagaikan mati
mendaki kasihMu nan sayup tinggi
namun cintaku bukan palsu
biar langkahku ke sana sering terganggu

Tuhan
terlerai sudah ribuan taubatku
terungkai semua bersama semua janjiku yang dulu
kataku sering mungkir
walau ku tahu cintaMu tak pernah meminggir

Tuhan
walau apa pun, aku masih terus disini
mengemis didermaga janjiMu yg pasti
disini aku masih mendamba kasih
krn ku yakin kasihMu tak pernah sirna selama-lamanya
narration In-team


Kasih Allah sentiasa ada pada hambaNya. KasihNya tidak bertepi. katamu, ibumu begitu sayangkan kamu. diberinya barang kesukaanmu. dibelainya dirimu..nasihatnya juga tidak ketinggalan. namun, aku dan kamu sering lupa sayang dan kasih yang satu lagi. mungkin juga disebabkan tidak ada masa untuk mengingat kasih dan cinta itu. Namun si Dia tidak pernah lupa kita disini. Apa yang si Dia kurniakan buat kita??Barangkali kita semua lupa. Ibu yang sentiasa menemani di sisi juga adalah kurnianNya.Barang kesukaanmu yang kau miliki sekarang juga milikNya.

Sampai bila kita harus begini. Lupa akan cinta dan kasihNya. Janganlah kita lupa si Dia yang aku maksudkan. Kerana, tanpa si Dia, tiadalah kita di sini untuk merasai kenikmatan hidup di dunia yang hanya seketika ini. Kadang-kadang, manusia itu cukup lupa. Namun, sampai bilakah kita ingin melupai sesuatu yang cukup penting??Adakah kita akan mengingat semua itu bila nyawa sudah sampai di kerongkongan?Masa untuk berada di dunia ini cukup singkat sekali.

Firman Allah s.w.t
"Ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan dan tanam-tanamannya mengagumkan para petani, kemudian (tanaman) itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat nanti ada azab yang keras dan ampunan daripada Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu." Surah al-Hadid (57:20)

Ingatan yang diberikan oleh Allah, cukup perlu untuk kita jadikannya sebagai amaran buat diri yang sering leka.Kehidupan yang kita miliki sekarang adalah realiti dan bukan fantasi. Perlu diingat juga kehidupan akhirat juga realiti dan bukan fantasi. Adakah Allah menurunkan al-Quran yang mengandungi nasihat-nasihat, pengajaran, pesanan dan sebagainya itu adalah sia-sia?? Adakah al-Quran itu hanya seperti buku cerita dongeng??Sedangkan setiap butir-butir isi kandungan Allah adalah bukti sayang Allah kepada hambaNya. Dia yang Maha Mengetahui segala sesuatu. Perkara yang bakal terjadi, yang berlalu dan akan datang. Turunnya Al-Quran untuk memimpin setiap hamba yang sedang menjalani sebuah perjalanan untuk kembali kepadaNya.

Aku dan kamu di sini untuk menuju jalan yang satu. Iaitu jalan redhaNya. Jalan menuju ke syurga.
Moga kita sama2 dijauhkan dari menuju jalan yang bisa membawa aku dan kamu ke nerakaNya.


Thursday, June 25, 2009

<< cinta Allah fitrah insan >>


Hati yang hidup ialah hati yang mencintai Allah. Sesiapa yang mencintai Allah, dia mencintai Islam kerana kehidupan Islam ialah kehidupan yang ditunjuki oleh Allah. Barangsiapa mencintai kehidupan Islam maka dia mencintai kehidupan Rasulullah SAW dan para sahabat radiaLlahu anhum. Kehidupan mereka merupakan tafsiran ajaran Islam secara praktikal. Mereka merupakan lelaki-lelaki atau perempuan-perempuan sejati yang pernah dilahirkan di dunia ini. Mereka juga adalah generasi yang membangunkan dunia dengan kecintaan kepada Allah SWT dan membawa kebahagaian kepada kehidupan manusia dan alam.Apabila kita menyebut tentang cinta Allah, ianya mestilah bertempat di hati sebab hati dicipta untuk merasai dzauqi atau kelazatan menghayatinya. Hati juga tempat makrifat, tempat iman, tempat rindu.


Hati ini dikategorikan oleh Ulama Sufi kepada 4 peringkat, iaitu :
1. Hati yang lalai kepada Allah.
2. Hati yang ingat kepada Allah.
3. Hati yang asyik dengan Allah.
4. Hati yang makrifat kepada Allah.


Pada hari ini, kebanyakan ulama, para pendakwah atau orang awam memiliki hati yang berada pada tahap pertama, iaitu hati yang lalai dengan Allah SWT. Ini dapat dilihat dalam kehidupan mereka yang tidak menunjukkan mereka cinta kepada Allah, bersungguh dalam ibadah dan mujahadah serta sentiasa memelihara diri daripada perkara-perkara yang haram, syubhah dan makruh. Mereka juga tidak berhati-hati dalam perkataan, penglihatan serta pendengaran yang akibatnya hati mereka bertambah keras dan rosak.Berapa ramai ulama yang bercakap tentang takut kepada Allah tetapi sanggup menyembunyikan kebenaran kerana takutkan manusia. Mereka juga dunukilkan oleh Allah sebagai orang yang menjual ayat-ayat Allah untuk kepentingan duniawi. Ada juga di kalangan para daei yang bercakap tentang ayat-ayat Allah tetapi kadang mereka “menjual” ayat-ayat Allah demi mendapatkan keuntungan, kemasyhuran, pengikut yang ramai serta pujian dari manusia lain. Mereka sebenarnya orang-orang yang mati hatinya daripada perasaan cintakan Allah. Manakala orang awam, kehidupan mereka dibelenggu oleh kesibukan mencari harta, pangkat dan mencintai kaum keluarga diatas hawa nafsu sehingga melalaikan mereka daripada Allah SWT.
Manusia wajib mencintai Allah. Ia adalah perkara fitrah kerana asal roh manusia datang dari Allah. Ketika di alam arwah, manusia telah mengaku bahawa Allah adalah tuhan mereka dan tiada yang lain dalam cintanya, zikirnya, ingatannya, pujaannya, semuanya adalah untuk Allah SWT semata-mata. Mereka sudah berilmu dan mengenal Allah dengan pengenalan yang hakiki. Apabila manusia itu lari dari fitrah dan tidak menghalakan roh dan hati mereka untuk mencintai Allah, mereka sebenarnya meronta-ronta untuk kembali kepada Allah, untuk mengenal Allah, mencintai Allah atau Rabbnya kerana itulah fitrahnya.Namun kehidupan dunia yang hanya membawa halangan dan rintangan kepada diri seseorang untuk terbang ke hadrat Ilahi telah menyebabkannya menderita kerana mencintai dunia yang bukan fitrahnya.


Ketahuilah, sesiapa yang cuba menentang fitrah dengan tidak mencintai Allah, sebaliknya mencintai dunia atau yang lain, ia akan menderita.Ramai manusia yang mempunyai atau memiliki kekayaan tetapi sedikit yang memiliki kebahagiaan. Kebahagiaan itu hanyalah apabila roh atau hati kembali kepada Allah. Ibarat seekor ikan yang dilepaskan kembali ke lautan atau nseekor burung yang tinggal di dalam sangkar emas kemudian dibukakan sangkar hingga ia kembali mendapat kebebasan. Walaupun tinggal di dalam sangkar emas, hakikatnya burung itu tidak mendapat kebebasan. Begitu juga dengan roh. Jangan biarkan roh kamu terkurung di dalam sangkar emas (dunia dan hawa nafsu), walaupun ia kelihatan cantik tetapi ia bukan kebahagiaan hakiki.Ramai manusia menyangka apabila mereka kembali kepada Allah, mereka akan terpenjara dan hidup terkongkong kerana dikawal oleh peraturan-peraturan Allah. Sedangkan ianya merupakan satu kunci untuk roh bebas terbang kepada Allah SWT. Apabila mereka menjauhkan diri atau melanggar peraturan-peraturan Allah dan menurut akal mereka, sebenarnya mereka menguncikan diri mereka di dalam sangkar.


Inilah hakikat kehidupan manusia. Sehinggalah mereka dapat melihat ketika menghadapi sakaratul maut, baru mereka akan sedar. Ketika itu, ia sudah tidak berguna lagi.Apabila seseorang itu mencintai harta, maka dia akan menjadi hamba kepada harta. Kalau dia mencintai pangkat, dia akan menjadi hamba kepada pangkat itu. Begitu juga, mencintai kaum keluarga, sanak saudara atau lain-lainnya, maka jadilah dirinya hamba kepada apa yang dicintainya. Sebaliknya, sesiapa yang mencintai Allah, dia akan bermujahadah dengan hawa nafsunya dan membebaskan diri dari belenggu yang mengikat rohaninya untuk mencintai Allah. Hanya kekasih Allah-lah memiliki hati yang mencintai-Nya, sentiasa mengingati-Nya, mencintai akhirat dan menangis kerana takut kepada-Nya. Pecah tumit kakinya kerana berdiri di malam hari menghadap Allah dengan rasa kehambaan. Perasaan kecintaan dan kehambaan yang tinggi kepada Allah menyebabkannya mengambil kehidupan dunia dengan amat sederhana.


Islam telah berjaya menguasai dunia dan menjadi model kepada kehidupan manusia. Islam telah menjadi kuasa yang amat ditakuti dan disegani kerana bukan sahaja menjadi contoh dalam aspek kerohanian tetapi juga dari segi akhlak peribadi dan pendidikan anak-anak. Rumahtangga orang Mukmin tertumpu kepada tujuan mencari cinta Allah. Suami menjadi pemimpin isteri, manakala isteri menjadi penasihat kepada suami dan mendidik anak-anak. Malah Islam telah berjaya melahirkan generasi contoh dalam pengurusan kehidupan manusia seperti dalam urusan ekonomi, politik, pentadbiran negara, intelektual, sosial dan sebagainya. Generasi ini menterjemahkan Islam yang syumul secara praktikal dan membincarakan permasalahan kehidupan manusia seperti kesucian diri dari hadas kecil hingga kepada kesucian pentadbiran negara dan dunia.


Sesungguhnya tidak ada jalan lain untuk melahirkan kembali generasi contoh yang hebat ini melainkan mengikuti kembali jalan-jalan mereka, peribadi, akhlak, ibadah, mujahadah dan pengorbanan jihad mereka. Mereka telah dididik oleh Rasulullah SAW dengan keimanan makrifatullah, keimanan yang hakiki. Diwajibkan ke atas mereka melakukan Qiamullail untuk melahirkan kecintaan kepada Allah, hati yang hidup dengan Allah. Mereka ditarbiyah dengan sentiasa membaca Al-Quran dan menghadiri majlis-majlis tazkirah untuk melahirkan dan menguatkan perasaan cinta kepada Allah. Kecintaan mereka ialah kecintaan kepada hati yang dzauq dan tubuh badan yang sihat. Segalanya berpunca dari hati sebab itu hati mestilah diutamakan dalam pendidikan manusia.

waallahualam..

Tuesday, June 23, 2009

<< Siapa kita di muka bumi ini? >>


Bismillahirrahmanirrahim..

suasana di wad bukanlah suatu yg menggembirakan bagi seorang pesakit..pada mereka terpancar kesedihan ,marah, bosan dan sebagainya yg mungkin kita sendiri tak tahu melainkan kita jadi pesakitnya..

doktor !! ada patient collapse!! jerit seorang staff nurse. yer..bed mana tue..!?? adek student, sedia emergency trolly cepat..! kata doktor. kami lihat..agak kelam kabut bila berhadapan dengan situasi macamnie..nyawa pesakit harus diselamatkan.itulah etika paramedik.^_^

ini perbualan antara sahabat.."hrm..takutla aku tgk keadaan mcmnie.dan aku kadang2 kesian tgk pesakit nie..ada yg takda siapa nak ziarah tika sakit.yg lebih teruk,anak sendiri hantar org tua mereka bila sakit,selepas tu xdatang langsung jenguk org tua mereka..takutkan kalau kita tua nanti anak sanggup lakukan semua nie.." keluh sang teman.." insyaAllah..kalau kita berbuat baik pada org tua kita,insyaAllah akan diberi balasan yg baik oleh Allah..jika kita ikhlas membantu hanya kerana Allah.. dan kematian tue memang Allah dah tetapkan..kematian akan datang jugak suatu hari nanti..kita aje kadang2 lupa siapa diri kita sebenar.kita jugak sama seperti pesakit nie,Hamba Dia..yg ada tugas yg ditetapkan oleh sang Pencipta.."

mari kita renung-renungkan wahai sahabat siapa diri kita ini..

manusia sememangnya memiliki kedudukan yang jauh berbeza dari makhluk lain kerana mempunyai imtiyazat ( keistimewaan) di sisi Allah swt. Keistimewaan itu juga telah disebutkan dalam al- Quran iaitu :-

1- mukarram (makhluk yg dimuliakan)
cuba kita lihat diri kita dihadapan cermin, adakah kita sempurna? ya...alhamdullilah..semua pancaindera dan anggota tubuhnya terletak di tempat paling sesuai.Keistimewaan bentuk tubuh atau anatomi ini merupakan kurnia Allah swt yg merupakan nikmat kepada manusia. Allah berfirman yg bermaksud : " sesungguhnya Kami telah ciptakan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya" (at-Tin :4)
keistimewaan lain ialah ia menundukkan pelbagai makhluk dan alam sekeliling untuk kehidupannya.Allah mengurniakan akal kepada kita supaya kita berfikir ttg kebesaran Nya serta menggunakan semua anugerah Allah untuk kebaikan yg mana hidup mengabdi dan beribadah kepada NYA . Semua anugerah NYA merupakan satu bentuk kemuliaan Allah swt kepada manusia.

2- Mukallaf (makhluk yg dibebankan tugas)

dengan kelebihan dan kurnia yg diberikan Allah ini maka manusia telah dibebankan dengan tugas yg berat.sebagai hambaNya, kita diperintahkan utk beribadah dan mentadbir alam serta menjalani hidup dgn cara yg baik.Kurnia Allah tidak datang dgn sendiri atau atas usaha manusia semata2 melainkan pemberian Allah swt. Allah berfirman : "dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya menyembahKu " (Ad zaariyat :5)
selain itu, manusia harus sedar bahawa modal hidupnya didunia ini tersebar di segenap penjuru bumi. Mereka perlu berusaha mencari ,menggali,merawat dan memanfaatkannya utk kehidupan.kerana kita berperanan sebagi khalifah di alam semesta oleh Allah swt.

3- mujzi (makhluk yg mendapatkan balasan atas amalannya )

dalam menjalankan beban tugas sebagai khalifah dan hamba kepada Rabb, sebagai manusia telah ditentukan Allah setiap amalan akan diberi balasan samada syurga atau neraka.sebanyak mana pon amalan yg manusia kerjakan pasti mendapat balasan setimpal dari Allah swt.

Allah berfirman bermaksud :-
" Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya dia akan mendapatkan balasan nya dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan mendapatkan balasan nya” Surah Az Zalzalah :7-8

Demikian lah kedudukan manusia yg dijelaskan dalam al-Quran. hal ini harus diingati dan dibangunkan dalam diri bagi mendapatkan darjat yang mulai disisi Allah dan semua makhluk Nya.. renung2 kan bersama..

Friday, June 19, 2009

<< Kesetiaan Paling Memukau Dalam Sejarah >>


“Demi Allah, tidak ada ganti yang lebih baik dari dia, yang beriman kepadaku saat semua orang ingkar, yang percaya kepadaku ketika semua mendustakan, yang mengorbankan semua hartanya saat semua berusaha mempertahankannya dan darinyalah aku mendapatkan keturunan.”

Begitulah Rasulullah SAW menggambarkan kepribadian Siti Khadijjah r.a., isteri pertamanya. Seorang isteri sejati, muslimah yang dengan segenap kemampuan diri berkorban demi kejayaan Islam.

Siti Khadijah r.a. berasal dari keturunan terhormat, mempunyai harta kekayaan yang tidak sedikit serta terkenal sebagai wanita yang tegas dan cerdas. Bukan sekali dua kali pemuka kaum Quraisy berusaha untuk mempersunting dirinya. Tetapi pilihannya, justeru malah jatuh pada seorang pemuda yang bernama
Muhammad, pemuda yang terkenal sebagai seorang yang terpercaya (al-amin), yang tak tergiur oleh kekayaan dan kecantikan Siti Khadijah r.a.

Siti Khadijah r.a. adalah wanita pertama yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Ia banyak membantu dalam meneguhkan tekad Rasulullah SAW ketika melaksanakan risalah dakwah. Ia senantiasa berusaha meringankan kepedihan hati dan menghilangkan keletihan serta penderitaan yang dialami oleh suaminya, dalam menjalankan tugas dakwah menegakkan kalimat tauhid. Inilah keistimewaan dan keutamaan Khadijah dalam sejarah perjuangan Islam. Beliau adalah sumber kekuatan yang berada di belakang Rasulullah SAW.

Mari kita singkap kembali peristiwa yang sungguh mendebarkan jantung Rasulullah SAW. Peristiwa itu ialah penerimaan wahyu yang pertama di Gua Hira. Sekembalinya ke rumah, baginda berkata kepada isterinya yang tercinta,”Aku berasa khawatir terhadap diriku.” Siti Khadijah r.a. berusaha menabahkan hati suami yang ditaatinya dengan berkata, “Wahai kakanda, demi Allah, Tuhan tidak akan mengecewakanmu karena sesungguhnya kakanda adalah orang yang selalu memupuk dan menjaga kekeluargaan serta sanggup memikul tanggungjawab. Dirimu dikenali sebagai penolong kaum yang sengsara, sebagai tuan rumah yang menyenangkan tamu, ringan tangan dalam memberi pertolongan, senantiasa berbicara benar dan setia kepada amanah.”

Apakah ada wanita lain yang dapat menyambut sedemikian baik peristiwa bersejarah yang berlaku di Gua Hira seperti yang dilakukan oleh Khadijah kepada suaminya? Apa yang dikatakan oleh Khadijah kepada suaminya pada saat menghadapi peristiwa besar itu menunjukkan betapa besarnya kepercayaan dan kasih sayang seorang isteri kepada suami. Sedikit pun Khadijah tidak merasa ragu-ragu atau syak di dalam hatinya. Persoalannya, dapatkah kita berlaku demikian?

Siti Khadijah r.a. merupakan wanita kaya dan terkenal. Ia bisa saja hidup bermewah-mewah dengan hartanya sendiri. Namun, semua itu dengan rela dikorbankannya untuk memudahkan tugas-tugas suami. Hal ini jelas menunjukkan beliau merupakan wanita yang mendorong kemajuan pahlawan umat manusia, melindungi pejuang terbesar dalam sejarah dengan mewujudkan kedamaian dalam kehidupan rumahtangga. Sikap inilah yang menjadi salah satu sumber kekuatan Rasulullah SAW sepanjang kehidupan mereka bersama.

Setia Dimanapun

Mari kita teliti, fahami serta hayati beberapa gambaran kesetiaan Khadijah yang telah membina kekuatan pada diri dan kehidupan penegak risalah Islam itu.Sepanjang hidupnya bersama Rasulullah SAW, Siti Khadijah begitu setia menyertai baginda dalam setiap peristiwa suka dan duka. Setiap kali suaminya ke Gua Hira,
ia pasti menyiapkan semua bekal dan keperluannya. Seandainya Rasulullah SAW agak lama tidak pulang, ia akan datang menengok untuk memastikan keselamatan sang suami. Sekiranya Rasulullah SAW khusyuk bermunajat, beliau tinggal di rumah dengan sabar sehingga suaminya pulang. Apabila suaminya mengadu kesusahan serta berada dalam keadaan gelisah, sekuat diri ia menenteramkan dan menghiburkan hati suaminya sampai-sampai diliputi ketenangan. Setiap ancaman dan penganiayaan dihadapi bersama. Malah dalam banyak kegiatan peribadatan Rasulullah SAW, Siti Khadijah r.a. Dipastikan selalu ada bersama dan membantu baginda dari mulai hal kecil seperti menyediakan air untuk mengambil wudhuk.

Kecintaan Khadijah bukanlah sekadar kecintaan kepada suami, sebaliknya yang jelas adalah berlandaskan keyakinan yang kuat tentang keesaan Allah SWT. Segala pengorbanan untuk suaminya adalah ikhlas untuk mencari keridlaan Allah SWT. Allah Maha Adil dalam memberi rahmat-Nya. Setiap amalan yang dilaksanakan
dengan penuh keikhlasan pasti mendapat ganjaran yang kekal. Itu termaktub dalam firman-Nya :

“Barang siapa yang mengerjakan amalan saleh, baik lelaki maupun wanita dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan” (Q.S. An-Nahl: 97)

Janji Allah itu pasti benar. Kesan kesetiaan Siti Khadijah r.a. bukan sekadar menghasilkan kekuatan yang mendorong kegigihan dan perjuangan Rasulullah SAW, malah membawa berkah yang besar kepada rumah tangga mereka berdua. Anak-anak yang lahir juga adalah anak-anak yang saleh. Keturunan Rasulullah SAW merupakan insan yang senantiasa taat melaksanakan perintah Allah SWT. Semua ini menghasilkan kekuatan yang membantu meningkatkan perjuangan Islam.

Wahai muslimah, sekarang adalah masa untuk kita hidupkan kembali hakikat ini dalam kehidupan kita. Semoga kekuatan Islam akan kembali menaungi kehidupan setiap insan.

Thursday, June 18, 2009

<< sebutir kurma >>


Bismillahhirrahmanirrahim..

baru nk sarapan pagi ni..mak berikan kurma.. kata mak '' nah,ambil kurma nie.. makan buah ni dulu.." ok baek mak..hehe..mak beli mana kurma ni? kata saya. '' bukan beli..ni pakcik bagi..dia baru balik umrah..kurma bukan sebarang kurma tau..tapi kurma `ajwah`, pokok kurma nie rasullullah tanam taw.'' kata mak..

Subhanallah.. kurma mmg byk khasiatnya..dlm al-Quran pon Allah dh jelaskan..
Khasiat kurma "Ajwah sebagaimana yang disebut dalam hadis adalah satu kelebihan dikurniakan Allah sesuai dengan kemuliaannya sebagai jenis kurma pertama ditanam sendiri Rasulullah S.AW.
untuk pengetahuan sahabat2, Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah.
Kurma adalah sejenis buah dari tumbuhan palma yang kaya dengan zat, besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C serta niasin. Kurma dari segi saintifiknya dikenali sebagai phoenix dactylifera L berkesan mengubati gangguan usus kronik dan mengatasi sembelit.Ia juga membantu dalam kecerdasan minda..

Kurma juga penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia, mengurangkan batuk serta pelbagai khasiat lain yang diceritakan dalam 21 ayat al-Quran yang menyebut mengenai buah kurma.

Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi yang bermaksud : Daripada Sulaima bin Amir Adh-Dhabiyyi, sesungguhnya Nabi bersabda,"Apabila seseorang di antara kamu berbuka, hendaklah ia makan kurma. Jika tidak ada kurma, hendaklah ia berbuka dengan air kerana air itu adalah pembersih".

Firman Allah yang bermaksud:" Dan gegarlah kearahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan".(Surah Mayam, ayat 25).

Antara beberapa hadis ttg khasiat kurma contahnya ini..

Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : “Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : “Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.

Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.insyaAllah..

justeru.. amalkan memakan kurma sebagai amalan harian kita ..ia juga sunnah Rasullulah saw..^_^


Friday, June 5, 2009

<< Kisah Keajaiban Dunia | Musnahnya Kota Pompeii >>

( peta pompei)

bismillahirrahmanirrahim..

assalamualaikum..dh lama x bkk blogger nih..ape nk cite yer ..hmm.ni ade ckit cite mybe sape minat sejarah tue.boleh la kita sama2 taw..penulis ade baca..n kt sini nk kgsi ckit cite dier.. ^_^

Pompeii adalah sebuah kota zaman Romawi kuno yang telah roboh dan musnah berdekatan dengan kota Napoli dan sekarang berada di wilayah Campania, Itali. Pompeii hancur oleh letusan gunung berapi Vesuvius pada 79 M. Debu letusan gunung Vesuvius menimbusi kota Pompeii dengan segala isinya sedalam beberapa kaki menyebabkan kota ini hilang selama 1600 tahun sebelum ditemukan kembali dengan tidak sengaja. Semenjak itu penggalian kembali kota ini memberikan pemandangan yang luar biasa terinci mengenai kehidupan sebuah kota di puncak kejayaan kerajaan Romawi. Pasa masa ini kota Pompeii merupakan salah satu dari tapak Warisan Dunia UNESCO.

Pada abad pertama Masehi, Pompeii hanyalah salah satu dari kebanyakan kota-kota yang bertempat di sekitar kaki Gunung Vesuvius. Wilayah ini cukup besar jumlah penduduknya yang menjadi makmur kerana daerah pertaniannya subur. Beberapa kelompok kota kecil di sekitar Pompeii seperti Herculaneum juga menderita kerosakan atau kehancuran oleh tragedi letusan Vesuvius.
(ilustrasi komputer tentang kehancuran pompeii)


esuvius menguburi kota Pompeii
Para penduduk Pompeii, seperti mereka yang hidup di daerah itu sekarang, telah lama terbiasa dengan gegaran kecil, namun pada 5 Februari 62 terjadi gempa bumi yang hebat yang menimbulkan kerosakan yang cukup besar di sekitar teluk itu dan khususnya terhadap Pompeii. Sebagian dari kerosakan itu masih belum diperbaiki ketika gunung berapi itu meletus. Namun, ini mungkin merupakan sebuah gempa tektonik daripada gempa yang disebabkan oleh meningkatnya magma yang terdapat di dalam gunung berapi.

Sebuah gempa lainnya, yang lebih ringan, terjadi pada 64, peristiwa ini dicatat oleh Suetonius dalam biografinya tentang Nero, dalam De Vita Caesarum, dan oleh Tacitus dalam Buku XV dari Annales kerana hal ini terjadi ketika Nero berada di Napoli dan muncul dalam sebuah pertunjukan untuk pertama kalinya di sebuah panggung umum. Suetonius mencatatkan bahawa maharaja ketika itu tidak mempedulikan gempa itu dan terus bernyanyi hingga selesai lagunya, sementara Tacitus mencatat bahawa teater itu runtuh setelah orang-orang di dalamnya terperangkap.

Penulis Plinius Muda menulis bahawa gegaran bumi ketika itu "tidaklah begitu menakutkan kerana sering terjadi di Campania".

Fakta menyatakan bahawa Pompeii merupakan satu-satunya tapak kota kuno di mana keseluruhan struktur topografinya dapat diketahui dengan pasti tanpa memerlukan pengubahsuaian atau penambahan. Kota ini tidak pecahkan sesuai dengan pola-pola kota Romawi pada umumnya kerana permukaan tanah yang tidak datar (kota ini berada di kaki gunung). Namun jalan-jalan di kota ini dibuat lurus dan berpola pada tradisi murni Romawi kuno, permukaan jalan terdiri dari batu-batu poligon dan memiliki bangunan-bangunan rumah dan kedai-kedai di kedua sisi jalan, mengikuti decumanus dan cardusnya di ruang tengah forum. Decumanus adalah jalan-jalan yang merentang dari timur ke barat, sementara cardus merentang dari utara ke selatan.


Mengulang Sejarah Kaum Sodom dan Gomorah (Kaum Nabi Luth)?
Kemusnahan Pompeii dari muka bumi oleh bencana yang demikian dasyat ini tentunya bukan tanpa maksud. Catatan sejarah menunjukkan bahawa kota tersebut ternyata merupakan pusat kemaksiatan dan kemungkaran. Kota tersebut dipenuhi oleh peningkatan jumlah lokasi perzinaan. Tidak terhitung banyakknya jumlah rumah-rumah pelacuran tidak diketahui pada ketika itu. Organ-organ kemaluan lelaki dengan ukurannya yang asal digantung di pintu tempat-tempat pelacuran tersebut. Menurut tradisi ini, yang berpunca pada kepercayaan Mithraic, organ-organ seksual dan hubungan seksual sepatutnya tidaklah tabu dan dilakukan di tempat tersembunyi, akan tetapi hendaknya dilakukan secara terbuka.

Lava gunung Vesuvius menghapuskan keseluruhan kota tersebut dari peta bumi dalam waktu sekelip mata. Yang paling menarik dari peristiwa ini adalah tak seorang pun mampu melarikan diri dari keganasan letusan Vesuvius. Hampir boleh dipastikan bahwa para penduduk yang ada di kota tersebut tidak mengetahui terjadinya bencana tersebut, wajah mereka terlihat berseri-seri. Jasad dari satu keluarga yang sedang asyik menikmati makanan terawetkan pada ketika tersebut. Banyak sekali pasangan-pasangan yang tubuhnya terawet berada pada posisi sedang melakukan persetubuhan.

Yang paling mengejutkan adalah terdapat sejumlah pasangan yang sama jantina, dengan kata lain mereka melakukan hubungan seks sesama jenis (homoseks). Ada pula pasangan-pasangan lelaki dan wanita yang masih suci. Hasil penggalian fosil juga menemukan sejumlah mayat yang terawetkan dengan raut muka yang masih utuh. Secara umum, raut-raut muka mereka menunjukkan ekspresi keterkejutan, seolah bencana yang terjadi datang secara tiba-tiba dalam sekelip mata tanpa mereka duga.

Aspek ini menunjukkan bahawa penghancuran Pompeii mirip dengan peristiwa-peristiwa azab yang dikisahkan dalam Alqur'an mahupun bible tentang penghancuran peradaban kaum Nabi Luth iaitu Kaum Sodom dan Gomorah.

Masyarakat Sadum atau Sodom adalah masyarakat yang rendah martabat moralnya, rosak akalnya, tidak mempunyai pegangan agama atau nilai kemanusiaan yang beradab. Kemaksiatan dan kemungkaran merajalela dalam pergaulan hidup mereka. Pencurian dan perampasan harta milik orang lain merupakan kejadian hari-hari di mana yang kuat berkuasa, sedang yang lemah menjadi korban penindasan dan perlakuan sewenang-wenang. Maksiat yang paling menonjol yang menjadi ciri khas dan budaya hidup mereka adalah perbuatan homoseks di kalangan lelakinya dan lesbian di kalangan wanitanya.


Seorang pendatang yang masuk ke Sodom tidak akan selamat dari gangguan mereka. Jika ia membawa barang-barang yang berharga, barangnya akan dirampas. Bila ia melawan atau menolak menyerahkannya maka nyawanya tidak akan selamat. Akan tetapi jika pendatang itu seorang lelaki yang bermuka tampan dan berparas elok, maka ia akan menjadi rebutan mereka dan akan menjadi korban perbuatan keji lelaki ketika itu. Sebaliknya bila si pendatang itu seorang perempuan muda maka dia menjadi mangsa bagi pihak wanitanya pula.

Para utusan (malaikat) berkata: "Hai Luth, sesungguhnya kami adalah utusan-utusan Tuhanmu, sekali-kali mereka tidak akan dapat mengganggu kamu, sebab itu pergilah dengan membawa keluarga dan pengikut-pengikut kamu di akhir malam dan janganlah ada seorangpun di antara kamu yang tertinggal, kecuali isterimu. Sesungguhnya dia akan ditimpa azab yang menimpa mereka karena sesungguhnya saat jatuhnya azab kepada mereka ialah di waktu subuh; bukankah subuh itu sudah dekat?". Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu yang di atas ke bawah (Kami balikkan), dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi, Yang diberi tanda oleh Tuhanmu, dan siksaan itu tiadalah jauh dari orang-orang yang zalim. ( 11:81-83 )


Nota : Kisah Nabi Luth dalam Al-Quran terdapat pada 85 ayat dalam 12 surah diantaranya: Surat Al Anbiyaa' ayat 74 dan 75, Surat Asy Syu'araa' ayat 160 - 175, Surat Hud ayat 77 -83, Surat Al Qamar ayat 33 - 39 dan Surat At Tahrim ayat 10.

wallahualam..