Tuesday, June 23, 2009

<< Siapa kita di muka bumi ini? >>


Bismillahirrahmanirrahim..

suasana di wad bukanlah suatu yg menggembirakan bagi seorang pesakit..pada mereka terpancar kesedihan ,marah, bosan dan sebagainya yg mungkin kita sendiri tak tahu melainkan kita jadi pesakitnya..

doktor !! ada patient collapse!! jerit seorang staff nurse. yer..bed mana tue..!?? adek student, sedia emergency trolly cepat..! kata doktor. kami lihat..agak kelam kabut bila berhadapan dengan situasi macamnie..nyawa pesakit harus diselamatkan.itulah etika paramedik.^_^

ini perbualan antara sahabat.."hrm..takutla aku tgk keadaan mcmnie.dan aku kadang2 kesian tgk pesakit nie..ada yg takda siapa nak ziarah tika sakit.yg lebih teruk,anak sendiri hantar org tua mereka bila sakit,selepas tu xdatang langsung jenguk org tua mereka..takutkan kalau kita tua nanti anak sanggup lakukan semua nie.." keluh sang teman.." insyaAllah..kalau kita berbuat baik pada org tua kita,insyaAllah akan diberi balasan yg baik oleh Allah..jika kita ikhlas membantu hanya kerana Allah.. dan kematian tue memang Allah dah tetapkan..kematian akan datang jugak suatu hari nanti..kita aje kadang2 lupa siapa diri kita sebenar.kita jugak sama seperti pesakit nie,Hamba Dia..yg ada tugas yg ditetapkan oleh sang Pencipta.."

mari kita renung-renungkan wahai sahabat siapa diri kita ini..

manusia sememangnya memiliki kedudukan yang jauh berbeza dari makhluk lain kerana mempunyai imtiyazat ( keistimewaan) di sisi Allah swt. Keistimewaan itu juga telah disebutkan dalam al- Quran iaitu :-

1- mukarram (makhluk yg dimuliakan)
cuba kita lihat diri kita dihadapan cermin, adakah kita sempurna? ya...alhamdullilah..semua pancaindera dan anggota tubuhnya terletak di tempat paling sesuai.Keistimewaan bentuk tubuh atau anatomi ini merupakan kurnia Allah swt yg merupakan nikmat kepada manusia. Allah berfirman yg bermaksud : " sesungguhnya Kami telah ciptakan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya" (at-Tin :4)
keistimewaan lain ialah ia menundukkan pelbagai makhluk dan alam sekeliling untuk kehidupannya.Allah mengurniakan akal kepada kita supaya kita berfikir ttg kebesaran Nya serta menggunakan semua anugerah Allah untuk kebaikan yg mana hidup mengabdi dan beribadah kepada NYA . Semua anugerah NYA merupakan satu bentuk kemuliaan Allah swt kepada manusia.

2- Mukallaf (makhluk yg dibebankan tugas)

dengan kelebihan dan kurnia yg diberikan Allah ini maka manusia telah dibebankan dengan tugas yg berat.sebagai hambaNya, kita diperintahkan utk beribadah dan mentadbir alam serta menjalani hidup dgn cara yg baik.Kurnia Allah tidak datang dgn sendiri atau atas usaha manusia semata2 melainkan pemberian Allah swt. Allah berfirman : "dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya menyembahKu " (Ad zaariyat :5)
selain itu, manusia harus sedar bahawa modal hidupnya didunia ini tersebar di segenap penjuru bumi. Mereka perlu berusaha mencari ,menggali,merawat dan memanfaatkannya utk kehidupan.kerana kita berperanan sebagi khalifah di alam semesta oleh Allah swt.

3- mujzi (makhluk yg mendapatkan balasan atas amalannya )

dalam menjalankan beban tugas sebagai khalifah dan hamba kepada Rabb, sebagai manusia telah ditentukan Allah setiap amalan akan diberi balasan samada syurga atau neraka.sebanyak mana pon amalan yg manusia kerjakan pasti mendapat balasan setimpal dari Allah swt.

Allah berfirman bermaksud :-
" Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya dia akan mendapatkan balasan nya dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan mendapatkan balasan nya” Surah Az Zalzalah :7-8

Demikian lah kedudukan manusia yg dijelaskan dalam al-Quran. hal ini harus diingati dan dibangunkan dalam diri bagi mendapatkan darjat yang mulai disisi Allah dan semua makhluk Nya.. renung2 kan bersama..

3 comments:

  1. 2- Mukallaf (makhluk yg dibebankan tugas)

    dengan kelebihan dan kurnia yg diberikan Allah ini maka manusia telah dibebankan dengan tugas yg berat.sebagai hambaNya, kita diperintahkan utk beribadah dan mentadbir alam serta menjalani hidup dgn cara yg baik.Kurnia Allah tidak datang dgn sendiri atau atas usaha manusia semata2 melainkan pemberian Allah swt. Allah berfirman : "dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya menyembahKu " (Ad zaariyat :5)
    selain itu, manusia harus sedar bahawa modal hidupnya didunia ini tersebar di segenap penjuru bumi. Mereka perlu berusaha mencari ,menggali,merawat dan memanfaatkannya utk kehidupan.kerana kita berperanan sebagi khalifah di alam semesta oleh Allah swt.

    -seorang jururawat juga adalah khalifah di muka bumi.ALLAH jualah yang telah mengtaklifkan mereka melakukan kerja yang mulia.Seperti isteri2 rasulullah.s.a.w yang menjadi jururrawat ketika pertempuran,isteri2 sahabat yang juga merawat para pejuang..
    Melalukan tugas dan amanah dengan penuh rasa cinta kpd ALLAH.
    Merekalah para pejuang yang tersembunyi.Walaupun kehadiran mereka tidak di rasai,tetapi merekalah peniup semangat juang para pejuang agama ALLAH ini.
    Tanpa kewujudan mereka,para pejuang yang tercedera,yang rebah,tidak mampu untuk bangun semula mara ke medan jihad.
    Mereka menyelamatkan ribuan manusia dengann izin ALLAH.
    Bersama-sama tabib(doktor) berjuang menyelamatkan nyawa para dae' yang kental.
    Terkadang terpaksa berkorban masa dan tenaga..
    tetapi perjuangan mereka tetap di teruskan kerana mencari redha Illahi.
    Indahnya hidup di sulami taqwa,
    bekerja kerana redha ALLAH..
    tidak mengharapkan kesenangan,tidak menantikan ganjaran duniawi,tidak mengharapkan pujian..
    hanya pertemuan dgn KEKASIH yang di dambakan-

    ~TANGAN YANG MENGHAYUN BUAIYAN BISA MENGEGAR DUNIA~

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah..terima kasih sahabatku..sahabat sehati,seperjalanan dan seperjuangan walau pun dimedan perjuangan yg berbeza namun tetap sahabat dunia akhirat.. tQ zirah -my special frenz ^_^

    ReplyDelete
  3. erk..malu lak special2 friend ni..nnt org tau,habis la rahsia kita terbongkar..(,")..hehe..
    gurau2 ja..jgn marah na...

    ReplyDelete