Saturday, December 26, 2009

<< Untukmu ibu dan ayah...>>





Dalam suatu riwayat dikatakan bahawa datang seorang lelaki meminta izin daripada Rasulullah SAW untuk berhijrah sedangkan orang tuanya ditinggalkan dalam keadaan menangis, maka Rasulullah SAW berkata kepada lelaki tersebut, "Kembalilah dan buatlah mereka berdua tertawa (gembira) sebagaimana engkau telah membuat keduanya menangis" [1]


"Tiga jenis doa yang pasti akan dikabulkan tanpa diragui lagi: doa orang-orang yang dizalimi, doa orang yang sedang dalam perjalanan (musafir) dan doa orang tua ke atas anaknya" [HR At Tirmidzi] [2].

Dengarkanlah juga kisah Juraij dari sebuah hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, Juraij seorang yang gemar beribadat, beliau lebih mendahulukan solat sunat daripada menjawab panggilan ibunya yang berulang-ulang, sehingga ibunya mendoakan nya " Ya Allah, janganlah Engkau matikan Juraij sehingga ia melihat wajah para wanita pelacur" dan Allah pun mengabulkan doa ibunya, akibatnya Juraij terkena fitnah sang pelacur yang mendakwa anak yang dihamilinya adalah keturunan Juraij.Hati-hati dengan doa mereka, doa mereka pasti termakbul. Kita tahu bahawa mak dan abah jarang terlupa mengingati kita dalam doa mereka. Marilah kita sama-sama mengambil kesempatan tersebut untuk meminta mereka memohon keampunan untuk kita, sebagaimana yang dilakukan oleh saudara-saudara Nabi Yusof, :

Wahai ayah kami, mohonkanlah ampun bagi kami terhadap dosa-dosa kami, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang sangat bersalah (berdosa)" [QS Yusof 12:97]

Sesekali terfikir, kelebihan yang kita nikmati sekarang ini merupakan antara kesan doa daripada kedua mak dan abah, dan tidak ada nikmat yang lebih utama melainkan diampunkan dosa-dosa kita oleh Allah SWT. Sementara mereka masih bernafas, mintalah mereka supaya mendoakan kita. Buat mak dan abah, tiada hal yang lebih berharga yang kami anak-anak harapkan melainkan doa dan doa dan doa.

Cita-cita kita adalah keredhaan Allah SWT.

Kita sentiasa mahukan kesenangan, rezeki yang luas, urusan menjadi mudah, hubungan yang baik dengan semua orang (i.e wang, kerja, belajar, dakwah, rakan). Kadang-kadang, bila kita tidak mendapat apa yang kita impi-impikan ini, kita menjadi cepat 'stress', kecewa, marah, dan merasakan hidup 'tunggang terbalik'. Dalam menjalani hidup di atas muka bumi ini, perlulah kita sedar bahawa tidak ada yang lebih penting daripada keredhaan Allah SWT, dalam mencapai matlamat yang satu ini, ketahuilah bahawa:

"Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa" [HR At Tirmidzi] [3]

Apa sahaja yang kita lakukan- syari'at Islam- Allah dan Rasul perlu diutamakan, dan setelah itu pula, penting untuk kita mendapatkan redha kedua mak dan abah sekalipun dalam urusan yang baik.
Mak, di mana harus ku cari ganti ?!


Dan Kami perintahkan kepada manusia (untuk berbakti kepada) kedua orangtuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyapihnya (tempoh menceraikan susu) dalam dua tahun…." (QS Luqman 31:14)

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah 30 bulan sehingga apabila ia telah dewasa dan umurnya sampai 40 tahun ia berdoa, "Ya Rabbi, tunjukkanlah aku untuk mensyukuri nikmatMu yang telah engkau berikan kepadaku dan kepada kedua ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal soleh yang Engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri" [QS Al-Ahqaf 46:15].


Dalam dunia perubatan juga diajarkan bahawa terjadi pelbagai perubahan dari sudut psikologi, hormonal, sistemik, fizikal, emosi, kesakitan, kelemahan, sehinggakan rutin harian seorang ibu berubah mendadak selama waktu mengandung, dan juga bagaimana gentingnya saat-saat ibu mahu melahirkan bayi yang dibahagikan kepada beberapa tahap, kontraksi yang dialami, rasa tekanan pada vagina dan kesakitan seperti rasa terbakar, pernafasan dan otot-otot di sekitar perineum yang harus dikawal kekuatannya dan bagaimana seorang ibu harus bekerja begitu keras untuk mengeluarkan bayi tersebut, tentang komplikasi setelah melahirkan, sampailah kepada menyusu dan melayani karenah kita dari kecil sampai dewasa, sehingga menjadi manusia yang berguna. Kepada siapa perlu kita berterima kasih dan bersyukur?

Ingat Mereka dalam Doa Kita.


Apabila anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah daripadanya amalannya kecuali 3 perkara: Sedekah jariahnya, atau ilmunya yang dimanfaatkan, atau anak soleh yang mendoakannya" [HR Muslim]

Marilah kita mencontohi Nabi Nuh dan Nabi Ibrahim yang mendoakan kedua ibu bapa mereka.

Nabi Nuh as pernah berdoa: "Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapaku, orang yang masuk ke dalam rumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman dari lelaki dan perempuan. Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kebinasaan" [QS Nuh 71:28]

Wednesday, December 16, 2009

<< BerTasbih bersama BiNtang >>


“Dan sungguh Kami telah menciptakan bintang di langit dan menjadikannya terasa indah bagi orang yang memandangnya” (al-Hijr[15]:16)

Bismillahirrahmanirrahim..

Mari melihat bintang yang berada di langit malam, Yang kelihatan indah pada pandangan mata. Tuhan sendiri mengatakannya ia sengaja menciptakan bintang itu sebegitu indah, supaya orang yang memandang akan merasa takjub melihat keindahannya..

Agaknya agar manusia mencari tahu siapa yang menciptakan bintang yang sebegitu indah

Kenapa bintang diciptakan?

Tidak ada sesuatu pun yang Allah ciptakan melainkan dengan tujuan yang tersendiri

“ Dia menciptakan langit dan bumi dengan kebenaran. Mahatinggi Allah dari apa yang mereka persekutukan”(An-Nahl[16]:3)

“ Dan menciptakan tanda-tanda petunjuk jalan. Dan dengan bintang-bintang mereka mendapat petunjuk” (An-Nahl[16]:)

“Yang menciptakan tujuh langit berlapis lapis. Tidak kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pengasih. Maka lihatlah sekali lagi, adakah kamu lihat sesuatu yang cacat? Kamu ulangi pandangan kamu sekali lagi dan sekali lagi, niscaya padanganmu akan kembali kepadamu tanpa menemukan cacat dan padanganmu dalam keadaan letih. Dan sungguh kami telah hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang. Kami jadikan itu sebagai alat pelempar syaitan dan kami sediakan bagi mereka azab yang menyala-nyala.” (Al-Mulk[67]:3-5)

Itulah kehebatan disebalik ciptaan bintang… Allah telah bersumpah dengan langit yang mempunyai gugusan bintang dalam surah khas iaitu al-Burujj (gugusan-gugusan bintang).

Surah ini dimulakan dengan sumpah Allah

“Demi langit yang mempunyai gugusan-gugusan bintang”.

Kebanyakan surah ini menceritakan tentang kecaman Allah terhadap orang-orang yang menentang Muhammad SAW. Akan mengalami kehancuran sebagaimana umat-umat terdahulu yang menentang Rasul-Rasul mereka.

‘”sungguh, orang yang mendatangkan cobaan (bencana, membunuh dan menyiksa) orang-orang mukmin lelaki dan perempuan lalu mereka tidak bertaubat, maka mereka akan mendapat azab jahannam dan mereka akan kekal mendapat azab (neraka) yang membakar” (al-Buruj[]:10)

Dan bagi orang yang beriman akan mendapat balasan yang mulia iaitu syurga.

“sungguh, orang yang beriman dan mengerjakan kebaikan, mereka akan mendapat syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, itulah kemenangan yang agung.” (Al-Buruj[85]:11)

Begitu hebat bintang sehingga Allah bersumpah dengan bintang…. Kerana Allah ingin menjelaskan kepada kita tentang tanda-tanda kebesarannya..Dia ingin kita sentiasa mengingat-Nya…

“Dan dia menundukkan malam, siang, matahari, bulan untukmu, dan bintang-bintang dikendalikan dengan perintahn-Nya. Sungguh yang demikian itu terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang-orang yang mengerti” (An-Nahl[16]:12)

Tidakkah kita terharu, sebegitu hebat ciptaan bintang hingga ramai yang sebegitu takjub dengannya, manusia juga sanggup membina peralatan-peralatan yang mahal dan canggih semata-mata untuk mendalami ilmu tentang bintang, tetapi disebalik itu Allah mengatakan bahwasanya Dia ciptakan bintang itu untuk kita, sebagai tanda kepada kita supaya kita ingat akan-Nya.

Maka tidakkah kita mahu ingat???

Marilah insan yang mempunyai akal fikiran, marilah memuji Allah Tuhanmu dengan sebesar-besar pujian, subhanallah Ya Tuhanku tidaklah Kau ciptakan ini semua dengan sia-sia…ampunkanlah kami hamba-Mu yang lalai dalam mengingat-Mu..

Marilah bertasbih seperti bintang yang tanpa henti-hentinya bersinar patuh dengan perintah Tuhan….marilah bersujud seperti bintang dengan mengetahui hakikat dirinya adalah hamba yang perlu patuh pada peraturan Tuhan Yang Maha Pengasih

“Segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi semua bersujud kepada Allah” (An-Nahl[16]:49)

"Apakah kamu tiada mengetahui, bahwa kepada Allah bersujud apa yang ada di langit dan di bumi, matahari, bulan, bintang, gunung, pohon-pohonan, binatang-binatang yang melata dan sebahagian besar daripada manusia? Dan berapa banyak di antara manusia yang telah ditetapkan azab keatasnya. Dan barangsiapa yang dihinakan Allah maka tidak seorang pun yang memulaikannya. Sesunguhnya Allah berbuat apa yang Dia kehendaki." (Al-Anbiya[21]:81)

Marilah wahai insan marilah kembali kepada Tuhanmu yang Maha pengasih, Dia sentiasa menunggumu untuk memanggil nama-Nya..

Dia sentiasa bersama kita, jika kita mengingat-Nya secara berseorangan, Dia akan mengingat kita secara sendiri juga

Pujuk lah hatimu untuk menunjukkan ketaatan dengan amal soleh, dengan bersujud di tengah malam.. pujuklah hatimu untuk taat seperti bintang… Allah sedang menunggumu.. Dia sentiasa rindu untuk mendengar kau berdoa dengan rasa rendah diri kepada-Nya

Mintalah… Tuhamu akan kabulkan permintaanmu.. mintalah Cinta-Nya.. jika kau ketahui bahwa tidak ada harta yang lebih bahagia, tidak ada rasa yang lebih indah daripada Cinta Allah.. dan cinta itu tak pernah pudar walau diberi kepada seluruh umat dari yang pertama higga akhir zaman..

Ayah dan ibu yang kau cinta akan berpisah denganmu bila maut menjemput..

Harta jua begitu…

Maka harta apa lagi yang tinggal denganmu wahai insan…

Ketahuilah dengan Cinta Tuhanmu sajalah yang akan sentiasa kekal bersamamu hingga akhirnya… dunia dan akhirat.

Saturday, December 12, 2009

aDam............

Didoakan semoga kalian beroleh rahmat selamat dibawah payung rahmat Allah S.W.T.

Adam, maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesunguhnya aku adalah Hawa, temanmu yg kau pinta semasa kau kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.Jadi tak hairanlah jika perjalanan hidup ku sentiasa inginkan bimbingan darimu.
sentiasa inginkan bimbingan darimu
Sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana 'aku buruan syaitan'.

Adam, Maha Suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai daripada kaummu di akhir zaman. Inilah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya. Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku, nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau
bilaulah suasana. Adam sesama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah zaman cucu-cicitnya. Pun begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan beristeri
lebih dari satu tapi tidak lebih satu waktu.

Adam, bukan kerana isterimu yang membimbang aku, tidak kerana sedikitnya yang merungsingkan aku. Tapi aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkahlakumu. Kau sejak dahulu lagi tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun terasa berat pula untuk menyatakan isi perkara.

Adam, aku tahu bahawa kau mengetahui dalam Al-quran menyatakan "kaum lelaki adalah penguasa kepada kaum wanita".
"kaum lelaki adalah penguasa kepada kaum wanita"
Kau diberi amanah untuk mendidik aku. Kau bertanggungjawab untuk menjaga aku. Mengawasi dan menjaga aku agar sentiasa dalam redha Allah S.W.T. Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah jadi pada kaumku ini. Aku dan kaumku telah menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan. Asalnya Allah menghendakki aku tinggal tetap di rumah. Jalan-jalan dan pasar-pasar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti dibalut dari hujung kaki hingga hujung rambut. Tapi, realiti dan hakikatnya kini, Hawa telah buat lebih dari patut.

Adam, mengapa kau biarkan aku begini ? Aku jadi ibu, aku jadi guru "itu sudah tentu". Katamu aku ibu dan guru kepada anak-anakmu tapi sekarang di waktu yang sama aku
ke medan menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata padahal kau duduk-duduk sahaja. Ada di antara yang menganggur tiada bekerja. Kau perhatikan sahaja aku panjat tangga di pejabat bomba, kain ku tinggi menyinsing peha
mengamankan negara. Apa kau sekarang ini tidak seperti dahulu? Apakah telah hilang kasih sucimu terhadap diri ku?

Apa kau sekarang ini tidak seperti dahulu? Apakah telah hilang kasih sucimu terhadap diri ku?


Adam, marahkah kau jika ku katakan, "jika hawa yg terpesong maka adam yang yang patut tanggung"? Sebab apa adam ? Ramai orang berkata anak jahat mak bapak tak pandai didik. Jika murid bodoh guru tak pandai ajar. Adam kau selalu berkata, "hawa memang degil tak mahu dengar kata tak mudah makan nasihat, kepala batu".

Pada hemat ku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu. apakah didikan mu kepada ku sama seperti didikan Nabi S.A.W. terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Apakah akhlak Adam boleh djadikan contoh buat kaum Hawa?

Adam, kau sebenarnya imam dan aku adalah makmum. Aku adalah pengikut mu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, maka lalailah aku. Wahai kaum Adam kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.Akalmu sepuluh nafsumu satu. Aku akalku satu , nafsuku beribu!!! Oleh itu Adam, pimpinlah tanganku kerana aku sering lalai dan lupa, sering tergelincir ditolak nafsu dan kuncu-kuncunya. Aku kini hampir tenggelam.

Adam….tolonglah….!!
Adam….tolonglah….!! Pimpinlah tanganku kerana aku sering lalai dan lupa, sering tergelincir ditolak nafsu


Adam, aku suka kalau kau mengimami sembahyang ku pada setiap waktu. Akan ku aminkan bacaan doamu. Lebih aku suka kalau kau bangunkan aku untuk bertahajjud bersamamu. Kau kenalkan aku masjid-masjid dan majlis agama. Kau ajari aku untuk pandai membaca dan memahami Al-Quran, imamku. kau ajaklah aku untuk baca Yassin bersamamu di malam Jumaat yang penuh berkat. Kau khabarkan aku tentang fardhu-fardhu yang patut aku tahu. Tunjukkanlah aku perkara sebenar yang patut aku buat.

Akhirnya, ajarkan aku menjadi isterimu yang solehah. Didikkanlah aku supaya aku tunduk, patuh dan menghormatimu setiap waktu. Tolonglah aku adam agar aku tidak beku, bantulah aku agar fikiranku tidak buntu. Selamatkanlah aku dari seksa neraka yang sudah tentu tiada siapa sanggup menganggungnya (nauzubillahiminzalik).

Dari temanmu....
HAWA

...............
"Ya Allah. Seandainya telah Engkau catatkan dia milikku, satukanlah hatinya dengan hatiku. Titipkanlah kebahagian antara kami agar kemesraan itu abadi. Tetapi seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku, bawalah ia jauh dari pandanganku. Luputkanlah ia dari ingatanku. Peliharalah aku dari kekecewaan."