Friday, September 4, 2009

<< Mental Disorders ??? >>



Bismillahirrahmanirrahim...

Hospital bahagia ulu kinta? Mungkin kedengarannya, anda dapat mengagak gambaran hospital tue yer..^_^ semester nie kami di tempatkan praktikal di sana. 2 minggu posting ke sana. Hospital ni yg nama dahulu dikenali hospital tanjung rambutan tapi atas dasar stigma,jadi ditukarkan kepada hospital bahagia ulu kinta. Pertama kali tiba ke sana, kami agak kaget sedikit kerana keluasan hospital nie agak besar serta paling terapeutik..yela untuk perawatan pemulihan penyakit mental nie, memerlukan persekitaran yg terapeutik ,bebas dari kebisingan dan terdapat dusun buah-buahan dan pokok2 yg indah sekali..

Kami di tempatkan wad kemasukan perempuan, wad prediscaj serta wad gerontology. Apa yg dapat saya lihat disini melalui sejarah kemasukan pesakit.kami diberi peluang berbual dengan pesakit untuk bertanya sendiri tentang sejarahnya. Kebiasaanya penyakit mental ini berkait dengan gangguan perasaan,pemikiran,stress keterlaluan,anxiety disorders,schizophrenia, bipolar mood disorders,dan banyak lagi.

Apabila dipikir2 kan, mengapa semua ini berlaku dalam masyarakat kita? Khususnya org Islam..masyarakat yang kurang pegangan agama, tidak mendekati tuhan dan perlu kembali kepada Ad-deen. Puncanya ialah penyakit rohani.Jadi,apakah penyakit rohani ? melihat dari kata2 Imam Ghazali dalam kitab Ihyaa' 'Ulumiddin ada menerangkan, bahawa roh itu ada dua makna. Pertama berupa jenis yang halus dan bersumber dari rongga hati jasmani dengan perantaraan otot-otot dan urat yang bermacam-macam tersebar ke seluruh bahagian-bahagian badan. Kedua, ianya berupa sifat halus pada manusia yang dapat mengetahui sesuatu dan dapat menangkap segala pengertian. Banyak pengertian yang dikemukakan mengenai jiwa namun begitu belum ada yang dianggap memuaskan.

Mari kita menyingkap serba sedikit gejala penyakit rohani dalam ayat al-quran antaranya,,
Orang yang sihat rohaninya mudah menangkap kebenaran, hatinya selalu dipancari (nur) kebenaran. Adapun orang yang sakit rohaninya terlihat adanya kebodohan, kelemahan dalam berfikir sehingga susah menerima kebenaran. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Ertinya : ‘Tidakkah mereka mahu berjalan di muka bumi, supaya ada bagi mereka hati yang mereka boleh mengerti dengannya, atau telinga yang boleh mendengar dengannya. Sesungguhnya bukan penglihatan yang buta tetapi hati mereka yang ada di dalam dada itulah yang buta’.

(Q.S. Al-Haj, ayat 46)

Orang yang sihat rohaninya, terdapat ketenangan pada air mukanya. Sebaliknya orang yang mengalami gangguan penyakit rohani, terdampar pula melalui sikapnya yang diliputi kegelisahan dan keluh kesah. Kegelisahan dan keluh kesah itulah yang merupakan pencerminan daripada ketidak stabilan mental.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

‘Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat gelisah. Apabila bahaya mendatangani dia keluh kesah. Dan apabila mendapat kebaikan amatlah kedekutnya. Kecuali orang yang mengerjakan sembahyang. Yakni mereka yang tetap dalam sembahyangnya’.

(Al-Maarij, ayat 19-23)

Salah satu daripada tanda ketenangan jiwa ialah kecenderungan mencari dan menerima kebenaran dan menolak kebatilan. Fikirannya tenang dan sentiasa mempertimbangkan sesuatu itu dengan baik. Sebaliknya orang yang liar terhadap kebenaran dan tidak senang mendengarkan mutiara-mutiara hikmah dapat dipandang sebagai orang yang terkena penyakit rohani.

Allah s.w.t. berfirman yang ertinya:

‘Apakah di dalam hati mereka ada penyakit, atau mereka ragu ataupun mereka khuatir kalau-kalau Allah dan RasulNya menganiaya mereka. Tidak! Bahkan mereka itulah orang yang zalim.

(Q.S. An-Nur, ayat 50)

Salah satu daripada tanda penyakit rohani ialah prasangka-prasangka yang buruk, antara lain anggapan yang bukan-bukan terhadap Allah dan RasulNya. Firman Allah yang bermaksud:

‘Dan ingatlah ketika orang munafik dan orang yang dihatinya ada penyakit berkata: ‘Allah dan RasulNya tidak menjanjikan kepada kita melainkan tipuan.’

(Al-Ahzab, ayat 12)

Jika orang yang sihat rohaninya selalu rindukan ketenangan, kedamaian dan ketenteraman, sebaliknya orang yang berpenyakit rohani kadangkala suka menghasut dan menimbulkan pergaduhan dan keributan. Sebab itulah sikap suka menghasut dan menimbulkan kegemparan di dalam masyarakat dapat dipandang sebagai penyakit rohani. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

‘Sesungguhnya kalau orang munafik dan mereka yang dihatinya ada penyakit dan penggempar-penggempar (penghasut-penghasut) di Madinah tidak menghentikan (kegiatannya) sudah tentu kami akan perintahkan engkau menyerang mereka, kemudian mereka tiada dapat tinggal berjiran dengan engkau kecuali sementara waktu saja.’

(Q.S. Al-Ahzab, ayat 60)

mari kita sama2 muhasabah diri ini supaya menjaga nikmat kesihatan samada sihat fizikal dan mental yg diberikanNya kepada kita. Tidak kurang ramai juga yang terlibat dalam penyalahgunaan nikmat kesihatan. Nikmat sihat dikira salah guna jika di kala sihat manusia lupa beribadat. Dia leka dengan perkara lain yang menjauhkan dirinya daripada Allah sebaliknya apabila dia sakit atau ditarik nikmat sihat daripadanya barulah dia teringat hendak memperbanyakkan ibadahnya.
Sesungguhnya kesihatan adalah nikmat Allah yang paling berharga. Gunakanlah ia sebaik mungkin untuk mendekatkan diri pada Allah. Penyalahgunaan nikmat sihat di sisi Allah adalah sesuatu yang dilarang di dalam Islam..

Waallahualam.

2 comments:

  1. assalamualaikum..sahabat
    seribu kemaafan yang dipinta..kekangan masa yang teramat menyebabkan sahabatmu ini tidak mampu bersua muka..jauh sekali bertanya khabar..
    Demi masa..sesungguhnya manusia kerugian..
    Pulang ke kg..tugas lain pula menjelma..itulah adat..sunah kehidupan..
    Kehidupan di dunia yg penuh warna-warna yang mengaburi mata hati dan jiwa..

    Dpt pengalaman baru nampaknyer..kerja di wad org2 istimewa..=)
    mereka itu..sebenarnya sangat tenang berbanding manusia2 yang mempunyai akal tetapi tidak mahu memikirkan nikmat2 ALLAH.
    Nikmat akal yg dikurniakan..di bazirkan dgn memikirkan perkara yg sia2..
    Buta mata x nampak dunia..buta hati..??
    nauzubillah..muudah2an kita terhindar dari buta mata hati..

    Kesihatan dan tubuh badan adalah amanah ALLAH yg sangat berharga..
    bila kesakitan tiba..maka para pejuang akn mengalami kesukaran dlm jihad..
    bukan tidak mahu merasa kesulitan..tetapi..ia sedikit sebanyak menjejas kerja..
    Tetapi..apa shj yg berlaku adalah yg terbaik..hadiah dari-NYA..
    Mungkin..dgn kesakitan yg datang menjadi tarbiyyah diri bagi sang pejuang..
    mungkin juga..dpt mengisafkan diri..
    jika selama ini tangkas bergerak kesana sini menjalankan tugas.,.
    maka dia di uji dengan sedikit kudrat di ambil..
    maka..Mintalah pertolongan dr ALLAH dgn sabar dan solat..
    Dan ramadan yg hadir..bukanlah alasan utk kita merasa letih..malah ramadan ini
    adalah sebagai batu luncatan utk kita lebih mengiatkan usaha menyeru manusia ke jalan yang lurus..
    Kudrat yg di labur..insya-ALLAH tidak sia2
    Dalam sahabat menjalankan tugas sbgai perawat..
    maka..rawatlah hati dan jiwa manusia2 di sekitar anda..kwn2..shbt serumah..dan juga pesakit2..
    jika tidak mampu..cukuplah sekadar menampakna akhlak2 islami seorg muslimah..
    ..
    sahabat..teruskan usaha..ALLAH tidak menilai hasilnya..tetapi ALLAH melihat niat dan perbuatan..
    walaupun sedikit..tetap di nilai jika ikhlas..tetapi..bagi yg sentiasa melakukan kerja dakwah..mungkin segala2nya hnya menjadi debu yg bertebangan di sana kerana niat nya yg menyimpang..
    -im PROUD TO BE YOUR SAHABAT-

    ReplyDelete
  2. Salam..
    bagus entry ni..
    Mmm semua masalah bermula kt hati..
    itu yg ana faham..syukran!

    ReplyDelete