Saturday, September 19, 2009

<< salam lebaran..>>


bismillahirrahmanirrahim..

salam kemaafan salam lebaran..buat semua yg mengenali diri ini..
maaf dimintA atas kesibukan dlm mengejar cita2...alhamdullilah dpt juga diri ini berehat bersama keluarga yg tercinta di hari kemenangan org islam setelah sebulan berpuasa..alhamdullilah..
penantian ramadhan setelah sebulan berakhir.dengan penggantian syawal..moga2 amalan yg dilakukan kita bersama diredhai NYA..
akhri sekali, salam aidil fitri buat keluargaku, sahabat2 yg disayangi ,teman2 sehaluan seperjuangan dan setiap org islam...

wassalam.^_^

Friday, September 4, 2009

<< Mental Disorders ??? >>



Bismillahirrahmanirrahim...

Hospital bahagia ulu kinta? Mungkin kedengarannya, anda dapat mengagak gambaran hospital tue yer..^_^ semester nie kami di tempatkan praktikal di sana. 2 minggu posting ke sana. Hospital ni yg nama dahulu dikenali hospital tanjung rambutan tapi atas dasar stigma,jadi ditukarkan kepada hospital bahagia ulu kinta. Pertama kali tiba ke sana, kami agak kaget sedikit kerana keluasan hospital nie agak besar serta paling terapeutik..yela untuk perawatan pemulihan penyakit mental nie, memerlukan persekitaran yg terapeutik ,bebas dari kebisingan dan terdapat dusun buah-buahan dan pokok2 yg indah sekali..

Kami di tempatkan wad kemasukan perempuan, wad prediscaj serta wad gerontology. Apa yg dapat saya lihat disini melalui sejarah kemasukan pesakit.kami diberi peluang berbual dengan pesakit untuk bertanya sendiri tentang sejarahnya. Kebiasaanya penyakit mental ini berkait dengan gangguan perasaan,pemikiran,stress keterlaluan,anxiety disorders,schizophrenia, bipolar mood disorders,dan banyak lagi.

Apabila dipikir2 kan, mengapa semua ini berlaku dalam masyarakat kita? Khususnya org Islam..masyarakat yang kurang pegangan agama, tidak mendekati tuhan dan perlu kembali kepada Ad-deen. Puncanya ialah penyakit rohani.Jadi,apakah penyakit rohani ? melihat dari kata2 Imam Ghazali dalam kitab Ihyaa' 'Ulumiddin ada menerangkan, bahawa roh itu ada dua makna. Pertama berupa jenis yang halus dan bersumber dari rongga hati jasmani dengan perantaraan otot-otot dan urat yang bermacam-macam tersebar ke seluruh bahagian-bahagian badan. Kedua, ianya berupa sifat halus pada manusia yang dapat mengetahui sesuatu dan dapat menangkap segala pengertian. Banyak pengertian yang dikemukakan mengenai jiwa namun begitu belum ada yang dianggap memuaskan.

Mari kita menyingkap serba sedikit gejala penyakit rohani dalam ayat al-quran antaranya,,
Orang yang sihat rohaninya mudah menangkap kebenaran, hatinya selalu dipancari (nur) kebenaran. Adapun orang yang sakit rohaninya terlihat adanya kebodohan, kelemahan dalam berfikir sehingga susah menerima kebenaran. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Ertinya : ‘Tidakkah mereka mahu berjalan di muka bumi, supaya ada bagi mereka hati yang mereka boleh mengerti dengannya, atau telinga yang boleh mendengar dengannya. Sesungguhnya bukan penglihatan yang buta tetapi hati mereka yang ada di dalam dada itulah yang buta’.

(Q.S. Al-Haj, ayat 46)

Orang yang sihat rohaninya, terdapat ketenangan pada air mukanya. Sebaliknya orang yang mengalami gangguan penyakit rohani, terdampar pula melalui sikapnya yang diliputi kegelisahan dan keluh kesah. Kegelisahan dan keluh kesah itulah yang merupakan pencerminan daripada ketidak stabilan mental.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

‘Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat gelisah. Apabila bahaya mendatangani dia keluh kesah. Dan apabila mendapat kebaikan amatlah kedekutnya. Kecuali orang yang mengerjakan sembahyang. Yakni mereka yang tetap dalam sembahyangnya’.

(Al-Maarij, ayat 19-23)

Salah satu daripada tanda ketenangan jiwa ialah kecenderungan mencari dan menerima kebenaran dan menolak kebatilan. Fikirannya tenang dan sentiasa mempertimbangkan sesuatu itu dengan baik. Sebaliknya orang yang liar terhadap kebenaran dan tidak senang mendengarkan mutiara-mutiara hikmah dapat dipandang sebagai orang yang terkena penyakit rohani.

Allah s.w.t. berfirman yang ertinya:

‘Apakah di dalam hati mereka ada penyakit, atau mereka ragu ataupun mereka khuatir kalau-kalau Allah dan RasulNya menganiaya mereka. Tidak! Bahkan mereka itulah orang yang zalim.

(Q.S. An-Nur, ayat 50)

Salah satu daripada tanda penyakit rohani ialah prasangka-prasangka yang buruk, antara lain anggapan yang bukan-bukan terhadap Allah dan RasulNya. Firman Allah yang bermaksud:

‘Dan ingatlah ketika orang munafik dan orang yang dihatinya ada penyakit berkata: ‘Allah dan RasulNya tidak menjanjikan kepada kita melainkan tipuan.’

(Al-Ahzab, ayat 12)

Jika orang yang sihat rohaninya selalu rindukan ketenangan, kedamaian dan ketenteraman, sebaliknya orang yang berpenyakit rohani kadangkala suka menghasut dan menimbulkan pergaduhan dan keributan. Sebab itulah sikap suka menghasut dan menimbulkan kegemparan di dalam masyarakat dapat dipandang sebagai penyakit rohani. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

‘Sesungguhnya kalau orang munafik dan mereka yang dihatinya ada penyakit dan penggempar-penggempar (penghasut-penghasut) di Madinah tidak menghentikan (kegiatannya) sudah tentu kami akan perintahkan engkau menyerang mereka, kemudian mereka tiada dapat tinggal berjiran dengan engkau kecuali sementara waktu saja.’

(Q.S. Al-Ahzab, ayat 60)

mari kita sama2 muhasabah diri ini supaya menjaga nikmat kesihatan samada sihat fizikal dan mental yg diberikanNya kepada kita. Tidak kurang ramai juga yang terlibat dalam penyalahgunaan nikmat kesihatan. Nikmat sihat dikira salah guna jika di kala sihat manusia lupa beribadat. Dia leka dengan perkara lain yang menjauhkan dirinya daripada Allah sebaliknya apabila dia sakit atau ditarik nikmat sihat daripadanya barulah dia teringat hendak memperbanyakkan ibadahnya.
Sesungguhnya kesihatan adalah nikmat Allah yang paling berharga. Gunakanlah ia sebaik mungkin untuk mendekatkan diri pada Allah. Penyalahgunaan nikmat sihat di sisi Allah adalah sesuatu yang dilarang di dalam Islam..

Waallahualam.

Tuesday, September 1, 2009

<< kembara Ramadhan >>












Maahad Darul Anuar pulau melaka pengasasnya oleh Tok guru Nik Aziz.

Masjid besar pulau melaka

Bismillahirrahmanirrahim..

Mungkin agak tidak terlewat untuk saya mengucapkan selamat menyambut kedatangan ramadhan al Mubarak.. Moga bulan ini memberi peluang pada kita mempertingkatkan segala amalan yg mendekatkan diri kita pada NYA... cinta yg teragung dlm hati kita..

Apa sebenarnya hakikat berpuasa itu? Berpuasa bukan sahaja menahan diri dari makan dan minum malah secara khususnya menahan diri dari penglihatan,pendengaran, perkataan serta perbuatan yg mendekatkan dgn dosa..adakah kita sebenarnya mencapai hakikat berpuasa itu?mari sama2 kita Nilai dan semak diri kita..

Baru-baru nie, kembara ramadhan bersama keluarga tersayang ke Kelantan.. saya rasa amat bertuah kerana berpeluang melihat ulamak yg saya amat kagumi. Dia seorang insan iaitu Tok guru nik Aziz. Kami berpeluang melihat nya di depan mata walaupun dari jauh.Mungkin ini pertama kali saya berjumpa dgn beliau di depan mata.. perjalanan kami ke sana walaupun bulan puasa tapi kami menganggap ia adalah tarbiyyah dan alhamdullilah kerana dapat menghadapinya kesulitan itu...berjam2 di dalam kereta untuk ke pulau Melaka.tapi ini tidak mematahkan semangat kami untuk ke sana..alhamdullilah sampai sana.selesai solat asar berjemaah yg diimamkan oleh tok guru. Sedikit kekesalan kerana tidak dapat berjemaah bersama beliau kerana kami terlewat sedikit.. tapi kami gembira kerana destinasi yg dicari telah ditemui..^_^


Selamat berpuasa dan sambutlah Ramadan dengan membuka lembaran baru yang bersih. Bertekadlah kita mengisi waktu-waktu Ramadan dengan ketaatan..

Sambut lah Ramadan dengan tekad meninggalkan dosa dan kebiasaan buruk. Bertaubatlah secara benar dari segala dosa dan kesalahan. Ramadan adalah bulan taubat. "Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung." [Q.S. An-Nur (24): 31]

Wassalam.





Sunday, July 26, 2009

seindah mawar berduri


Bismillahirrahmanirrahim…

Dengan nama Allah SWT Yang Maha Segalanya…
Selawat dan salam buat kekasih Allah..Nabi junjungan Mulia, Muhammad SAW..
Serta para sahabat…

Ku mulakan langkah ini atas namaMu ya Rabb..semoga ianya bermanfaat buat diriku jua untuk sahabat fillah ku..insyAllah..

Aku seorang muslimah..yang sedang membina kekuatan hati untuk terus melangkah ke jalanMu…dengan sedikit kekuatan yang ada dan keizinan dariMu…akan ku terus bangkit mujahadah melawan apa jua yang menghalang rasa cintaku padaMu…insyAllah…

Kalam sepi ini dariku..hambaMu yang hina…
Sebagai peringatan buat diriku yang sentiasa leka..jua buat sahabat muslimahku…aku ingin sekali menjadi muslimah kesayanganMu..kerna ku tahu..tiada yang lebih bererti dari mengejar cintaMu..aku bukan lah Rabiatul Adawiyah..yang sanggup bekorban segalanya keranaMu..dan aku jua bukan Aisyah..Khadijah..kekasih Nabi yang bukan sedikit pengorbanannya demiMu..tapi mereka itulah kekuatanku...bait-bait cinta yang diukirkan atas sejarah agamaMu, ku jadikan pedoman serta petunjuk buat diri ini..insyAllah..

Muslimah yang disayangi Allah…
Ayuh..bersama-samalah kita mengharungi jalan yang Allah bentangkan buat kita..pedoman yang ditunjukkan oleh Nabi yang Mulia…dalam diri kita penuh dengan benih-benih kasih sayang..selaut cinta yang Allah kurniakan buat kita..ke mana harus kita hamparkan?..untuk siapa?..ayuh muslimah..fikirkanlah..

Muslimah yang dicintai Allah…
Aku ingin kita sama-sama merenung..berfikir sejenak…terlalu tinggi cinta Allah buat kita muslimah…betapa Allah sayang..betapa Allah kasih…buktinya..lihatlah pada asal kejadianmu..lihat pada matamu..hatimu...anggotamu..sempurna bukan..adakah Allah kurniakan semua itu buatmu sia-sia? Lagikan kuman yang sekecil-kecil makhluk itu ada gunanya..apatah lagi kita..insan..yang Allah ciptakan lengkap..sempurna dengan satu pakej…Subhanallah..

Sahabat muslimahku..
Kini..aku inginkan kekuatan dari kalian..untuk kita sama-sama mencari erti sebenar cinta Agung..untuk kita sama-sama 'kuat' melawan anasir kotor yang mugkin suatu hari nanti merajai hati kita..nauzubillah ya muslimah..dari nurani sepiku..sayu hati ini disaat ku lihat diluar sana wanita-wanita tanpa segan silu mempamerkan perhiasan kurniaan Allah buat kita...tanpa malu berdua-duaan dengan ajnabi yang jelas tidak halal buat mereka..ahhh...tidak sanggup..gerun hati ini 'membilang kata' dan memikirkannya ya muslimah...kerana diriku juga seorang wanita...yang Allah lengkapkan dgn seribu satu rasa...seribu satu keinginan..

teringat bait-bait indah dari syeikh Ali Tantawi buat kita ya muslimah...

... Wahai puteriku, pintu pemulihan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada di tanganmu. Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha untuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik...

Benar muslimahku...kadang-kadang bukan diri kita yang 'mulakan'...bukan kita yang inginkan kesongsangan tindakan berlaku..tapi..kita sering membuka peluang...seolah-olah bibir tidak merelakan..tapi hati menginginkan...tahu kan..hati ini la yang mengawal segalanya..buruk baiknya disitu la..tapi saat hati kabur melihat cahaya ilahi..iman terpesong dikala ikatannya pada hati terurai...saat itu la...nafsu merajai..sehingakan suara hati lebih kuat dari suara iman....akhirnya...langkah tersasar....nauzubillah...

Muslimah kesayangan Allah...
Lihatlah pada mata hatimu....kembalikan rasanya pada pencipta hati ini...ku tahu..bukan mudah..bukan senang...tapi..janji Allah itu pasti...pasti buat hambaNya yang sentiasa sabar dan berusaha mengerakkan hati dan ’menghadirkan’ diri pada sang Pencipta..

Ayuh muslimah..bersama-samalah denganku...ayuh kita tempuhi jalan 'derita' itu...kita lepasi tembok pemisah antara nafsu dan iman...bajai semula iman ini...tanam semula benih-benih cinta...siramlah dengan tarbiyah dan muhasabah...biarlah benih itu tumbuh segar..bercambah...dan akhirnya....hidup suburlah dalam sakinahNya...andai ia layu lagi..siramkan dengan air takwa...sehinggalah sampai satu ketika benih itu segar dalam ladang cintaNya....

Muslimah...
Ingatan ini memang untuk diriku...yang sering saja leka..tapi aku tidak mahu ahnya aku merasai 'nikmat' cintaNya..oleh itu..ingatan ini juga aku tujukan untuk kalian ya muslimahNya...kerana...aku tahu...kalian juga dikurniakan hati yang lembut...jiwa yang halus...sayangnya..andainya kurniaan 'permata' dariNya ini kita tidak mampu gunakan pada saat dan tempat yang sebenar...ingat ya muslimah..wanita sholehah bukan hanya pada ibadatnya tapi kurang adabnya...namun..muslimah sholehah itu datangnya berpakej...akidahnya...ibadahnya..akhlaknya...semuanya harus 'indah'...gunakan lah segala yang Allah kurniakan pada kita sebaik-baiknya...andai kita inginkan tempat disisiNya...

Sebagai bait-bait terakhir ku ya muslimah...
Ingin skali aku ingatkan tentang janji Allah buat kita....

” Apabila seseorang perempuan itu sembahyang lima waktu...berpuasa di bulan Ramadhan..menjaga kehormatan..dan mentaati suaminya...maka masuklah ia ke dalam syurga daripada mana-mana sahaja pintu yang dia kehendakinya” ( riwayat Al-Bazzar)

Saturday, July 25, 2009

<< Bicara buat sahabat >>


Bismillahirrahmanirrahim..

duhai sahabatku...

Alangkah kita bertuah kerana dilorongkan oleh Allah S.W.T ke jalan perjuangan ini..lantas kita bertemu, berukhuwah dan bergerak seiring bersama. Walaupun sebelum ini kita tidak pernah mengenali namun jalan perjuangan ini menyatukan hati-hati kita..Subhanallah….Mungkin dengan ujianNYa, kita dapat mencari hikmah setiap yg terjadi..

Ukhwah yang kita bina sedayanya cuba kita semai dengan benih iman..kerana ukhwah yang dilandasi iman itulah yang akan membentuk satu jamaah yang padu..bukankah Rasul telah bersabda, bahawa salah satu golongan yang akan mendapat naungan Allah di akhirat nanti adalah golongan yang berukhuwah kerana Allah..bertemu dan berpisahnya hanya kerana Allah..marah dan sayangnya kerana iman bukan didasari nafsu semata..jadi tanamkan lah dlm diri ini berukhuwah krn Dia..

Sahabat fillah..jalan perjuangan kita masih jauh, masih terlalu banyak ranjau dan onak merentangi perjalanan kita. Kutiplah mutiara ilmu sebanyaknya sebagai benteng diri dari asakan dunia..bukan hanya ilmu duniawi malah ukhrawi jgn dilupai...

Sahabat..andai diri ini terleka, kau ingatkanlah dengan peringatan Ilahi..andai diri ini rebah dibentes rakusnya dunia..kau pimpinlah tanganku bangkit kembali, jangan kau biarkan sahabatmu futur sebelum menamatkan musafir perjuangan ini..ingatkanlah daku dengan ikrar perjuangan yang telah kita patri bersama.. berjanjilah sahabat, kita akan terus bersama menjunjung perjuangan yang kita banggakan..walau di mana kita berada, walau sejauh mana jarak yang memisahkan kita, selagi aqidah dan fikrah perjuangan kita sama, kita akan terus bersama..insya Allah..Satu fikrah satu perjuangan..bt sahabat tercinta yg mengajar ku mengenali erti Cinta itu manis dirasai setelah mengenali ad-Deen..

"CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling mencintai kerana Aku; CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling bersilaturahim kerana Aku; CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling menasihati kerana Aku; CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling mengunjungi kerana Aku; Cintaku mesti bagi orang-orang yang saling memberi kerana Aku"~hadith Qudsi

wasalam.. ^_^

Saturday, July 18, 2009

<< QANAAH >>


Bismillahirrahmanirrahim..
QANAAH
ialah kepuasan hati dengan rezeki yang ditentukan Allah. Dikatakan bahawa Allah menentukan lima perkara pada lima tempat iaitu kemuliaan pada ketaatan, kehinaan pada maksiat, kehebatan pada ibadat malam, hikmat kebijaksanaan pada perut yang kosong dan kekayaan pada sifat qanaah.
Qanaah bukanlah bermaksud hilang semangat untuk berkerja lebih keras demi menambah rezeki dan produktiviti. Malah, ia bertujuan supaya kita sentiasa bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jadilah kamu seorang yang warak, nanti kamu akan menjadi sebaik-baik hamba Allah, jadilah kamu seorang qanaah, nanti kamu akan menjadi orang yang paling bersyukur kepada Allah, sedikitkanlah ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)
Abu Bakar al-Maraghi pernah berkata, “Orang yang bijaksana itu mengurus urusan dunianya dengan qanaah, urusan akhiratnya dengan bersegera, ilmu dan bersungguh-sungguh.”
Allah berfirman yang bermaksud: “Barang siapa yang mengerjakan amal salih, baik lelaki, mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik.” (Surah al-Nahl, ayat 97)Majoriti ahli tafsir mengatakan bahawa kehidupan yang baik di dunia ialah dengan qanaah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Tidaklah kekayaan itu dengan banyak harta, tetapi sesungguhnya kekayaan itu ialah kekayaan jiwa.” ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Ulama sudah mengemukakan beberapa cara untuk memiliki sifat mulia ini antara lain ialah pertama, berjimat dalam perbelanjaan dan merancang perbelanjaan. Kedua, percaya bahawa dengan qanaah mendatang kemuliaan.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Lihatlah orang yang lebih bawah daripada kamu, jangan melihat orang yang tinggi daripada kamu, kerana dengan demikian kamu tidak akan lupa segala nikmat Allah kepadamu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Apabila seseorang itu bersyukur dengan nikmat Allah yang dikurniakan kepadanya, maka dia tidak akan bersifat bakhil dan kedekut menghulurkan bantuan kepada orang yang memerlukan. Tegasnya, dia menjadi seorang yang pemurah dalam masyarakatnya.
Dalam sejarah umat Islam, tercatat beberapa kisah mereka yang murah hati antaranya, diceritakan bahawa Abdullah bin `Amir membeli sebuah rumah kedai daripada Khalid bin `Uqbah dengan harga 90,000 dirham.
Tiba-tiba pada malam itu, dia mendengar anak isteri Khalid menangis. Lalu dia bertanya kepada isterinya: “Apa hal mereka itu?” Kemudian dia diberitahu bahawa mereka menangis kerana rumah mereka yang dijual.
Lantas Abdullah berkata kepada pembantunya: “Pergi dan suruh mereka datang ke sini.” Selepas mereka datang lalu dia terus menyatakan bahawa ambillah rumah itu kembali dan duit itu juga untuk kamu.
Dalam situasi dan ekonomi yang dihadapi umat manusia hari ini, alangkah beruntungnya umat Islam yang mendapat bimbingan daripada ajaran agamanya yang suci supaya tidak mengurus urusan dunia ini dengan kacamata keinginan nafsu semata-mata sebaliknya menjadi pengguna yang bijak , berhemat dan tidak tamak. Jadikanlah sifat qanaah yang mulia ini sebagai senjata untuk menghadapi ujian dan cabaran hidup dunia sementara ini.. ^_^

Friday, June 26, 2009

<<.. si Dia.. >>


Tuhan
terasa lembutnya belai sayangMu
bersama kurnia sekalung hidayah
tapi, adakalanya terasa membahang kemurkaanMu
seiring patahnya sayap mujahadahku

Tuhan
langkahku bagaikan mati
mendaki kasihMu nan sayup tinggi
namun cintaku bukan palsu
biar langkahku ke sana sering terganggu

Tuhan
terlerai sudah ribuan taubatku
terungkai semua bersama semua janjiku yang dulu
kataku sering mungkir
walau ku tahu cintaMu tak pernah meminggir

Tuhan
walau apa pun, aku masih terus disini
mengemis didermaga janjiMu yg pasti
disini aku masih mendamba kasih
krn ku yakin kasihMu tak pernah sirna selama-lamanya
narration In-team


Kasih Allah sentiasa ada pada hambaNya. KasihNya tidak bertepi. katamu, ibumu begitu sayangkan kamu. diberinya barang kesukaanmu. dibelainya dirimu..nasihatnya juga tidak ketinggalan. namun, aku dan kamu sering lupa sayang dan kasih yang satu lagi. mungkin juga disebabkan tidak ada masa untuk mengingat kasih dan cinta itu. Namun si Dia tidak pernah lupa kita disini. Apa yang si Dia kurniakan buat kita??Barangkali kita semua lupa. Ibu yang sentiasa menemani di sisi juga adalah kurnianNya.Barang kesukaanmu yang kau miliki sekarang juga milikNya.

Sampai bila kita harus begini. Lupa akan cinta dan kasihNya. Janganlah kita lupa si Dia yang aku maksudkan. Kerana, tanpa si Dia, tiadalah kita di sini untuk merasai kenikmatan hidup di dunia yang hanya seketika ini. Kadang-kadang, manusia itu cukup lupa. Namun, sampai bilakah kita ingin melupai sesuatu yang cukup penting??Adakah kita akan mengingat semua itu bila nyawa sudah sampai di kerongkongan?Masa untuk berada di dunia ini cukup singkat sekali.

Firman Allah s.w.t
"Ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan dan tanam-tanamannya mengagumkan para petani, kemudian (tanaman) itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat nanti ada azab yang keras dan ampunan daripada Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu." Surah al-Hadid (57:20)

Ingatan yang diberikan oleh Allah, cukup perlu untuk kita jadikannya sebagai amaran buat diri yang sering leka.Kehidupan yang kita miliki sekarang adalah realiti dan bukan fantasi. Perlu diingat juga kehidupan akhirat juga realiti dan bukan fantasi. Adakah Allah menurunkan al-Quran yang mengandungi nasihat-nasihat, pengajaran, pesanan dan sebagainya itu adalah sia-sia?? Adakah al-Quran itu hanya seperti buku cerita dongeng??Sedangkan setiap butir-butir isi kandungan Allah adalah bukti sayang Allah kepada hambaNya. Dia yang Maha Mengetahui segala sesuatu. Perkara yang bakal terjadi, yang berlalu dan akan datang. Turunnya Al-Quran untuk memimpin setiap hamba yang sedang menjalani sebuah perjalanan untuk kembali kepadaNya.

Aku dan kamu di sini untuk menuju jalan yang satu. Iaitu jalan redhaNya. Jalan menuju ke syurga.
Moga kita sama2 dijauhkan dari menuju jalan yang bisa membawa aku dan kamu ke nerakaNya.